NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Touch n Go bakal lancar teknologi RFID


KUALA LUMPUR: Bermula September ini, Touch 'n Go Sdn Bhd (TNGSBB) akan melancarkan teknologi RFID (Radio Frequency IDentification) kepada pengguna lebuh raya utama di Malaysia.

Keputusan itu dibuat selepas TNGSB melakukan sesi ujian menyeluruh terhadap RFID dengan kerjasama syarikat-syarikat konsesi lebuh raya di bawah pihak berkuasa lebuh raya sepanjang tahun 2017.

"Ujian perintis tambahan akan turut diadakan 3 September ini bagi membantu TNGSB memperbaiki sebarang kelemahan yang timbul sebelum RFID digunapakai di seluruh lebuh raya negara sekitar Januari 2019," menurut kenyataan itu.

Orang ramai boleh mendaftar melalui laman web www.touchngo.com.my bagi mengambil bahagian dalam ujian perintis tambahan berkenaan.

Berikutan pelancaran RFID, peranti SmartTAG tidak akan dijual lagi oleh ejen-ejen sah TNGSB bermula 8 Ogos ini tetapi peranti sedia ada, kad Touch 'n Go dan MyKad masih boleh diguna pakai pengguna lebuh raya untuk pembayaran tol seperti biasa.

Antara lebuh raya di sekitar Lembah Klang yang dilengkapi RFID ialah Lebuhraya KL-Karak (KLK), Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP), Lebuhraya Shah Alam (KESAS), Lebuhraya Duta-Ulu Klang (Duke) dan Lebuh raya Besraya (Besraya), Lebuh raya Cheras-Kajang (Grand Saga), Sistem Lingkaran Lebuh raya Kajang (SILK), Lebuh raya Kemuning-Shah Alam (LKSA), Lebuhraya Kuala Lumpur-Putrajaya (MEX), Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong (SMART), Lebuh raya Pantai Baharu (NPE), Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Lebuh raya Kuala Lumpur - Kuala Selangor (LATAR), Lebuh raya Guthrie Koridor (GCE) dan Lebuh raya Sistem Penyuraian Trafik KL Barat (SPRINT).

Untuk maklumat lanjut berkenaan RFID, pengguna boleh melayari laman web www.touchngo.com.my , emel careline@touchngo.com.my atau boleh menghubungi Touch 'n Go Careline di talian 03-27148888. 

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo