NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Tidak Iktiraf Tetapi Ingin Bantu Lgbt Kembali Kepada Fitrah: Perlancaran Tabung Sokongan Dan Rehabilitasi Lgbt


1. Polemik dan agenda pengiktirafan LGBT kini dilihat melibatkan pertembungan antara mereka yang mampu mempengaruhi polisi, pengamal perubatan dan pensyarah akademik. 

Golongan pro LGBT memperolehi sokongan anak Perdana Menteri, cuba mengadakan pameran terbuka di Dewan Sri Pinang (Pulau Pinang), diberi ruang khas dalam akhbar the Star (Siti Kasim) dan berupaya menggugat operasi berkaitan LGBT oleh Jabatan-jabatan Agama Islam Negeri-negeri.

Komentar Dr Nur Ilyani binti Mohamed yang memberikan pandangan menasihati usaha untuk mengiktiraf LGBT di paparan facebook, telah mendapat sokongan hebat rakyat Malaysia daripada pelbagai latarbelakang , sehingga cuba dipadamkan oleh pihak tertentu.  Tahniah Dr Ilyani di atas keberanian saudari bersuara.

2. PAPISMA amat bimbang apabila melihat perkembangan yang  tidak sihat  berdasarkan Laporan Sektor HIV/STI, Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia, yang menyatakan 
50 peratus daripada kes baharu HIV pada tahun 2017 adalah berpunca dari aktiviti homoseksual dan biseksual.

Lebih mengejutkan apabila kadar jangkitan HIV tersebut adalah 14 kali ganda lebih tinggi berbanding dengan individu yang mengambil dadah melalui perkongsian jarum suntikan!

Kadar jangkitan HIV hasil daripada aktiviti diluar fitrah homoseksual dan biseksual ini meningkat dengan mendadak setiap tahun daripada hanya 63 kes pada tahun 2000 kepada  1,697 kes pada tahun 2017.

3. Maka PAPISMA ingin menzahirkan sokongan kepada mereka yang tidak bersetuju  pengiktirafan LGBT.

Buat masa kini, golongan LGBT tiada halangan untuk mendapat pendidikan, rawatan kesihatan, pemilikan harta dan kerakyatan di Malaysia. Maka tiada sebabnya mereka perlu satu ‘pengiktirafan khas’. Hakikatnya mereka mengamalkan amalan yang melanggar tabii fitrah manusia, dan melampaui batas SEMUA agama dan norma moral masyarakat, tetapi inginkan majoriti rakyat Malaysia menerima mereka sebagai ‘normal’. 

Dari sudut pandangan Pakar Psikiatri,  masalah homoseksualiti (lesbian,  gay,  biseksual) & transgender ini adalah sebahgian daripada masalah perubatan yang perlu ditangani secara berasingan. Ia tidak wajar disekalikan.  Permasalahan psikiatri yang mereka alami juga perlu dirawati sama seperti individu lain, walaupun dalam perspektif dan cabaran yang berbeza yang perlu dibantu dan dirawat tanpa perjudis. 

4. PAPISMA berpandangan golongan LGBT perlu sedar dan mengiktiraf fitrah manusia, menerima hakikat risiko mendapat penyakit akibat keputusan dan perbuatan mereka sendiri dan perlu berusaha mengubah kehidupan mereka kepada yang lebih baik. Bukannya mempertahankan tindakan yang salah dan meminta untuk diiktiraf.

LGBT perlu terlebih dahulu mengiktiraf diri dan menyedari (insight) bahawa mereka memerlukan rawatan dan rehabilitasi. Dimasa yang sama masyarakat Malaysia wajib memberikan sokongan dan turut sama membantu mereka untuk berubah kepada fitrah.

Mengiktiraf LGBT hanya menggalakkan mereka terlibat dan meneruskan kehidupan berisiko tinggi, serta menambahkan jumlah bilangan golongan ini. Sebaliknya, usaha pendekatan memberikan kesedaran kepada mereka lebih selari dengan kaedah pencegahan (primary prevention) dan telah terbukti kaedah paling berkesan dengan implikasi kos perubatan yang rendah. Walaubagaimanapun sikap masyarakat yang prejudis, suka menghukum, dan mengugat keselamatan mereka, sekiranya ada, tidak akan membantu proses pemulihan ini.

5. Dengan ini,  Papisma ingin mengajak semua rakyat Malaysia membantu kami sebagai NGO Professional Perubatan untuk mendekati, memberikan kesedaran, sokongan dan usaha rehabilitasi terhadap golongan LGBT ini. Maklumat lanjut boleh diperolehi melalui wakil-wakil PAPISMA disetiap negeri.

Kami telahpun merangka program, mengerakkan kerja-kerja advokasi, melatih golongan professional, mendirikan fasiliti bantuan, serta melancarkan tabung Sokongan Rehabilitasi LGBT.  


Rakyat Malaysia yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh memasukkan sumbangan ke akaun 


Tabung Kebajikan PAPISMA 
BANK ISLAM, 
NO AKAUN: 13062010001819.

Sekian,  terima kasih. 

Yang benar,

Dato' Dr Hj Suhaini Kadiman.
Presiden
Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo