NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ribut: Jemaah Haji Malaysia Selamat Di Arafah



JEMAAH HAJI MALAYSIA SELAMAT DI ARAFAH

Arafah, 19 Ogos 2018: Lembaga Tabung Haji ingin memaklumkan bahawa telah berlaku ribut di Arafah bermula pukul 6.30 petang sehingga 8.00 malam waktu Arab Saudi.

"Semasa kejadian ribut dan hujan tersebut, pihak Bomba telah mengarahkan bekalan elektrik ditutup bagi menjaga keselamatan para jemaah haji yang berada di Arafah" jelas Dato' Sri Syed Saleh Syed Abdul Rahman Ketua Rombongan Haji Malaysia.

Pemeriksaan menyeluruh telah dilaksanakan disetiap maktab dan terdapat beberapa khemah jemaah haji Malaysia mengalami kerosakan dan kini dalam proses baik pulih oleh pihak Muassasah Asia Tenggara" kata beliau.

Semua jemaah haji Malaysia dalam keadaan selamat dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

Bekalan letrik disambung semula secara berperingkat mulai pukul 10.45 malam.

Waris dan orang ramai tidak perlu bimbang dengan keadaan jemaah haji Malaysia yang kini berada di Arafah.

Bahagian Hal Ehwal Awam & Komunikasi Korporat Kumpulan
Lembaga Tabung Haji

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo