Rafizi dedah kelemahan PH, kekuatan PAS dan BN.


“Jangan ambil mudah kemenangan di Negeri Sembilan, jangan ambil mudah kemenangan di Putrajaya. Kita semua tahu bahawa kita tidak menang undi Melayu yang besar. PRU 14 dulu orang tak percaya bahawa kemenangan tiga penjuru akan memberi kelebihan kepada Pakatan Harapan, kami aje yang betul-betul percaya. Yang lain kata, “lebih baik bersama dengan PAS, elakkan tiga penjuru, kalau tiga penjuru Selangor semua kalah”. Kami saja yang kata tiga penjuru sebenarnya baik sebab undi Melayu yang cenderung kepada soal Melayu, perkauman dan lain-lain akan berpecah.”

“Baik, ya, UMNO dengan PAS tak bodoh. Dia dah tahu bahawa pertandingan tiga penjuru dalam PRU 14 lepas beri kemenangan kepada Pakatan Harapan dalam keadaan undi Melayu itu tidak banyak berpihak kepada Pakatan Harapan. Parti mana pun, BERSATU-kah KeADILan-kah, AMANAH-kah, tak dapat banyak undi Melayu. Jangan kita lupa perkara itu.”

“Maknanya, dalam tiga empat tahun akan datang, kalau kita tidak berhati-hati, UMNO dan PAS memang akan betul-betul pinang-meminang dan berkahwin, PRU 15, kalau kita masuk satu lawan satu lawan UMNO-PAS dalam keadaan kita mengabaikan akar umbi dan tidak sensitif dengan permintaan rakyat yang atas pagar dulu, kita boleh kalah.”

(Ucapan calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli, dalam “Program Penerangan Reformasi 20 Tahun Bersama Saudara Rafizi Ramli” di Klana Resort Seremban, Negeri Sembilan, pada 11 Ogos 2018)

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget