NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perlantikan Bakkee sebagai Pengerusi MPOB yang baru keputusan salah?


1.Hisbah memandang serius keputusan kerajaan melantik Mohd Bakkee Salleh sebagai Pengerusi Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) semalam.

2.Bakkee adalah salah seorang ahli lembaga 1MDB suatu ketika dahulu dan nama beliau dinyatakan beberapa kali didalam Laporan PAC mengenai 1MDB.

3.Mengekalkan kedudukan beliau sedia ada dalam GLCs sementara siasatan menyeluruh terhadap 1MDB di tuntaskan boleh diterima tetapi membuat perlantikan baharu didalam sebuah agensi kerajaan adalah salah dan tidak boleh diterima sama sekali.

4.Pada April 2017 saya melakukan saman sivil terhadap PM ketika itu Najib Razak dan kesemua ahli lembaga pengarah 1MDB termasuk Bakkee.Kes ini masih berjalan di Mahkamah Rayuan.

5.Saya menuntut penjelasan daripada Menteri yang berkuasa dan terlibat didalam perlantikan ini.

6.Komitmen kerajaan baru untuk melakukan koreksi terhadap kesalahan lalu khususnua 1MDB mesti menyeluruh dan tidak hanya membabitkan Najib dan beberapa kuncu tegarnya sahaja.

7.Adalah bodoh dan tidak masuk akal sekiranya kita boleh mengandaikan puluhan billion wang negara yang dicuri hanya membabitkan 2-3 kerat penyamun sahaja.

8.Hisbah juga melihat dan meniliti kelakuan beberapa pemimpin kerajaan baru yang memberi muka malah memberikan layanan VIP kepada mereka yang jelas terlibat dalam skandal 1MDB.

9.Adik kepada PM ke 6 yang terpalit dengan skandal secara langsung masih mendapat layanan istimewa.Mengapa?

10.Apakah kerana dia datang dari keluarga besar,mengetuai bank besar maka kesalahan lalu dipadam terus?Sekiranya ini benar ia adalah ciri feudal , budaya elitis yang sama sekali bukan daripada semangat perjuangan rakyat mahukan perubahan dan reformasi.

11.Hisbah menggesa perkara ini diperbetulkan segera sebelum terlambat dan rakyat beranggapan kerajaaan hari ini juga khianat kepada aspirasi rakyat seperti kerajaan lalu.

Dato Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah
7 Ogos 2018/ 25 Zulqaedah 1439H

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo