NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS, Umno Belum Berkahwin – Dr Halimah 



PAS masih belum 'berkahwin', sebaliknya sekadar berkawan dan bekerjasama dengan UMNO dengan tujuan yang sama iaitu, menumbangkan Pakatan harapan (PH) pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Seri Setia.

Calon PAS, Dr Halimah Ali, berkata momokan kononnya PAS dan UMNO 'berkahwin' adalah usaha yang dicetuskan parti PH untuk mengelirukan rakyat.

Beliau berkata, PH kini dalam keadaan terdesak berikutan kerjasama yang terjalin antara dua parti terbesar orang Melayu itu.

Katanya, mengikut Fasal 3 (6) Perlembagaan PAS, parti itu boleh menyertai dan bekerjasama dengan mana-mana badan persatuan atau pertubuhan yang tidak berlawanan tujuan dengan PAS bilamana dan selama ianya mustahak dan sesuai serta tidak bercanggah dengan undang-undang negara.

"Sebenarnya PAS bukan kahwin dengan UMNO. Kita berkawan…Soal kahwin itu sindiran daripada pihak tertentu kepada PAS, dan kenapa kita perlu mengambil berat pasal sindiran itu.

"Kita sekarang ini berada di blok pembangkang dan kerjasama ini adalah antara gerak kerja yang tidak berlawanan dengan perjuangan parti. Dan ini berbeza ketika UMNO menjadi kerajaan sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) yang lalu," katanya pada program wawancara dengan sebuah akhbar.

Dr Halimah yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berkata, parti itu dan UMNO yang mewakili Barisan Nasional (BN) mempunyai matlamat yang sama iaitu suara pembangkang yang kuat di sidang DUN Selangor.

Ujarnya, walaupun PH menang pilihan raya bagi penggal ketiga berturut-turut, tetapi tidak memberi kesan yang banyak dalam mengubah nasib dan kebajikan rakyat.

"Jadi PRK ini, rakyat tidak perlu lagi kepada calon PH. Rakyat perlu kepada calon PAS yang dapat mengangkatkan suara mereka dan boleh didengari oleh semua kementerian," tegasnya. Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo