Parlimen: Menteri, timbalan "hilang" lagi, PAS tegur PH

Tuan Ibrahim Tuan Man kata hanya ada seorang Ahli Parlimen kerajaan sewaktu sesi perbahasan masih berjalan petang tadi.

KUALA LUMPUR: Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (PAS-Kubang Kerian) menegur menteri dan timbalan menteri kerajaan yang "hilang" semasa sesi perbahasan sedang berjalan petang tadi.

Wakil rakyat PAS ketika itu sedang membahaskan Rang Undang-undang (RUU) Perbekalan (Penguntukan Semula Peruntukan Perbelanjaan) 2018.

"Saya ambil kesempatan dan berbicara dan ambil bahagian. Soal yang kita hendak bincang hari ini dalam situasi tidak ada seorang menteri dan timbalan menteri. Hanya tinggal seorang sahaja di depan ini," katanya di Dewan Rakyat.

Mohd Khairuddin Aman Razali (PAS-Kuala Nerus) berkongsi gambar yang diambil sekitar 4.20 petang tadi memaparkan seorang timbalan menteri di blok kanan.

"Kita harap apa yang kita bangkitkan di sini diberikan perhatian serius, kerana ia adalah perkara besar. Ia adalah peruntukan besar yang perlu kita luluskan bersama petang ini," kata Tuan Ibrahim.

Minggu ini merupakan minggu terakhir mesyuarat pertama penggal pertama Parlimen ke-14. Sebelum ini, Datuk Ahmad Maslan (BN-Pontian) pernah membangkitkan perkara sama pada awal sesi Dewan Rakyat.

"Jam 4.00 petang, sidang hari ini tamat 5.30 petang. Mana pergi menteri dan timbalan menteri kerajaan PH," kata Ahmad di Twitter.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget