Musa Aman Pulang Ke Malaysia Hari Ini?


KOTA KINABALU – Satu mesej viral lewat malam tadi berhubung usaha membawa pulang bekas Ketua Menteri, Tan Sri Musa Aman ke negara ini, hari ini.

Dalam mesej yang dihantar menerusi aplikasi sosial WhatsApp itu, menyatakan bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga itu akan mendarat di Singapura terlebih dahulu sebelum memasuki Malaysia melalui Subang atau Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

"Musa Aman yang kini bersembunyi dengan alasan mendapatkan rawatan kesihatan akan dibawa balik ke Malaysia esok (hari ini).

"Pihak media akan dimaklumkan dari semasa ke semasa mengenai perkembangan terkini.

"Masa (ketibaan) dan di lapangan terbang mana Musa Aman (akan mendarat) akan dimaklumkan berdasarkan maklumat lanjut," katanya dalam kenyataan yang menjadi viral itu.

Bagaimanapun, pegawai perhubungan media Musa, Awang Faisal ketika dihubungi berkata, setakat ini pihaknya tidak mempunyai sebarang ulasan mengenai perkara itu.

"Kita akan maklumkan (apa-apa perkembangan) secepat mungkin," katanya.

Selain dikehendaki polis untuk membantu siasatan kes ugutan jenayah, Musa juga belum mengangkat sumpah sebagai wakil rakyat. – BH ONLINE
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget