MCA Cabar Guan Eng Hentikan Kongres Bumiputera



Naib Presiden MCA Chew Mei Fun menggesa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak menggunakan sentimen perkauman menjelang pilihan raya kecil (PRK) Balakong dan sebaliknya mencabar beliau menghentikan Kongres Bumiputera.

"Jika beliau (Lim) betul-betul peduli tentang perpaduan, saya harap beliau boleh melarang Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) daripada mengadakan Kongres Bumiputera. Ini yang saya fikir beliau harus lakukan," kata Chew kepada pemberita di bilik operasi kempen MCA di Balakong hari ini.

Kenyataan itu dipercayai merujuk Kongres Masa Depan Bumiputera dan Negara (KBN) 2018 yang akan diadakan Kementerian Hal Ehwal Ekonomi pada 1 September depan.

Kementerian berkenaan semalam mengumumkan KBN 2018 akan menjadi sebahagian usaha kerajaan untuk merumuskan agenda pemerkasaan bumiputera yang baru.

Chew berkata demikian sebagai membalas kenyataan Lim semalam yang berkata bahawa Pakatan Harapan (HARAPAN) berpegang kepada perpaduan kerana gabungan itu menggunakan logo HARAPAN dalam PRK.

Lim membandingkan perkara itu dengan MCA yang menggunakan logo parti sendiri bagi PRK Balakong yang menurutnya hanya mewakili kepentingan kaum tertentu.

Pemimpin MCA itu menegaskan bahawa partinya sudah bekerjasama dengan rakyat pelbagai kaum sejak ditubuhkan.

"Saya ingin menegaskan bahawa meskipun MCA hanya terdiri daripada anggota Cina, kami kekal dengan pendekatan pelbagai kaum dan budaya sejak ditubuhkan pada 1949.

"Kami sudah bekerjasama dengan kaum lain sekian lama," katanya ketika melancarkan manifesto MCA Balakong pagi tadi.

Chew menambah Lim sebagai anggota parlimen dan menteri kewangan seharusnya menumpukan untuk membangunkan negara dan menyelesaikan masalah ekonomi yang dihadapi rakyat dan bukannya memainkan isu perkauman.

"Tanggungjawabnya sebagai menteri adalah menjadikan kehidupan rakyat lebih baik, manifesto HARAPAN menjanjikan perkara itu. Bagaimanapun, kos hidup akan terus meningkat kerana nilai ringgit terus jatuh ketika ini," katanya.

– M'kini
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget