NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Krisis Lira: Turki boikot produk elektronik AS



ANKARA, 3 Zulhijjah 1439H, Rabu – Krisis antara Turki dan Amerika Syarikat (AS) semakin memuncak apabila Ankara mengarahkan supaya memboikot semua produk elektronik buatan AS.

Presiden Recep Tayyip Erdogan berkata, Turki akan berhenti mendapatkan barangan elektronik AS seperti iPhone, dan membeli produk lain seperti Samsung dari Korea atau buatan negara itu sendiri iaitu Vestel.

"Jika mereka (AS) mempunyai iPhone, kita ada Samsung di tempat lain. Malah kita juga ada produk elektronik sendiri iaitu Vestel," katanya.

Bagaimanapun, Erdogan tidak menjelas lanjut bagaimana untuk beliau menguatkuasakan boikot itu.
Sejak beberapa hari lalu, Turki mengalami penurunan nilai mata wang, Lira yang berprestasi paling buruk di dunia, iaitu penyusutan lebih daripada 45 peratus bagi tahun ini.

Keadaan itu dipengaruhi oleh Erdogan dalam menguruskan ekonomi negaranya yang kini terkesan akibat hubungan buruk dengan Amerika Syarikat.

Mata wang itu merudum hingga ke paras terendah iaitu 7 Lira kepada AS$1.

Semalam, wata wang India, Rupee mencatat rekod terendah kesan daripada isu ekonomi di Turki.- Agensi

Sumber:https://www.ismaweb.net/2018/08/15/krisis-lira-turki-boikot-produk-elektronik-as/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo