NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Huawei MediaPad M5 tablet pelbagai guna

Musim menonton perlawanan bola sepak atau menikmati filem di iflix, netflix dan banyak lagi sudah menjadi trend menerusi laptop atau TV pintar namun Huawei MediaPad M5 merubah kaedah baru lebih canggih mudah dibawa ke mana saja.

Sambil berbaring di atas katil atau ketika berada dalam LRT, Huawei MediaPad M5 menjadi pilihan sebagai platform bukan saja hiburan malah digabungkan juga sebagai tablet 8.4 inci yang diubah menjadi mesin kerja.

Lagipun, harganya tidak mahal apabila ditawarkan pada nilai RM1,499 saja sesuai untuk seluruh keluarga dan anda memiliki paparan jenis Enhanced ClariVU pada resolusi 2560 x 1600 piksel.

Hasilnya, jika menonton filem atau drama kegemaran di iflix atau netflix, ia lebih sempurna kerana skrin memperlihatkan visual yang cantik tanpa sebarang imej 'mati' disebabkan tablet tidak mampu menampung skrin HD.

Saiznya juga nipis, mudah dipegang di tangan pada 7.3 milimeter saja dan berat 316 gram memang tidak membebankan.

Jika bercakap soal audio, Huawei MediaPad M5 mempunyai keupayaan dua pembesar suara stereo dengan dua pembesar suara stereo yang menghasilkan bunyi seakan-akan pementasan pada saluran kiri kanan pada tablet.

Semuanya hasil kerjasama dengan Harman Kardon yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam bidang audio.

Daripada segi hiburan, Huawei MediaPad M5 juga menjadi platform terbaik kekal produktif dan efisien.

Mana tidaknya, segala kerja pejabat yang membabitkan Microsoft Office atau mana-mana sistem lain juga serasi dengan tablet ini.

Menariknya, perisian Microsoft Office Mobile Suite pun sudah lengkap dipasang ketika membeli tablet ini.

Kalau mahu lebih, padankan tablet ini dengan aksesori seperti papan kekunci mudah alih atau tetikus. Memang lebih mudah bekerja di luar pejabat.

Lagipun, ia mempunyai teknologi ClariVu yang melindungi pandangan mata apabila menapis cahaya biru yang kerap berlaku apabila melihat skrin terlalu lama.



Jadi bukan saja kerja pejabat atau 'assigment' universiti, membaca novel melalui Huawei MediaPad M5 Lite juga bukan masalah besar.

Kalau mahu melakukan kerja sambil berhibur pula, pecahkan skrin kepada dua dengan mod 'split screen' yang ditawarkan dengan mudah iaitu hanya leret dan sentuh melalui jari pantas merubah kepada konsep terbabit.

Mungkin ramai yang beranggapan dengan pelbagai ciri ini, baterinya cepat habis namun jangan risau kerana kapasiti 5100mAh cukup besar untuk pelbagai tujuan.

Selain itu, pengguna boleh menggunakan sambungan WiFi atau memasang kad SIM sendiri apabila tablet ini menyokong rangkaian LTE Cat4 bersesuaian untuk penggunaan tanpa had.

Ini bermakna anda boleh membuat panggilan dan menerima atau menghantar SMS.

Ringkasnya, MediaPad M5 mempunyai pelbagai fungsi menarik sesuai dengan harganya yang berada di bawah RM1,500 termasuk skrin jenis ClariVU dan bateri berkapasiti besar 5100mAh.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo