NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Henti Eksploitasi Wanita



Oleh: Husna Hashim, Pengarah Ameerah Malaysia

Ameerah Malaysia menyokong penuh gesaan YB. Zailah semasa ucapan pergulungan Kementerian Tenaga Manusia berkenaan keperluan kepada Kerajaan untuk memformulasi polisi bagi menjamin hak wanita Muslim menutup aurat dalam setiap bidang pekerjaan dan larangan diskriminasi terhadap mereka.


Gesaan ini bertujuan memberi peluang kepada pramugari yang mahu menutup aurat dan berpakaian sopan berbuat demikian sesuai dengan kebebasan yang dijamin perlembagaan negara.

Kewajipan menutup aurat adalah satu kemulian bagi wanita seluruhnya bukan budaya Arab semata-mata. Seperti mana firman Allah dalam surah Al-Ahzab : 59 yang bermaksud;

"Wahai Muhammad! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka menutupkan jilbabnya keseluruh tubuh mereka.”

Tuntutan menundukkan pandangan adalah untuk lelaki, dalam masa yang sama gesaan menutup aurat adalah kepada perempuan. Islam menegah mendekati perbuatan yang boleh mendorong kepada perbuatan zina dan jalan-jalan mendekatinya.

Menutup aurat adalah hak bagi semua individu yang beragama Islam. Dan tuntutan yang digesa oleh MP PAS adalah khusus buat muslim tanpa menyentuh pekerja Airlines Non-Muslim mahupun mana-mana pekerjaan.

"Hentikan Kegiatan Eksploitasi Wanita"

Husna Hashim,
Pengarah Ameerah Malaysia

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2108748255862805&id=199039390167044

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo