UEC: Kenapa tunduk desakan minoriti, pinggir suara majoriti?



oleh: Prof Dr. Ahmad Murad Merican
16 Julai 2018

KUALA LUMPUR – Tidak ada mana-mana negara di dunia ini yang tunduk kepada desakan minoriti dan mengenepikan suara majoriti terutama melibatkan soal sistem sesebuah negara, apatah lagi jika ia membabitkan perubahan sistem dan ketamadunan sesebuah negara.

Malah, kuasa besar seperti Amerika Syarikat dan China juga tidak membenarkan perkara seumpama itu berlaku.

Lantaran itu, Kementerian Pendidikan tidak perlu tergopoh-gapah mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) dengan alasan untuk menunaikan janji manifesto Pilihan Raya Umum Ke-14.

Ini kerana semua orang tahu manifesto dirangka pada pilihan raya dengan tujuan untuk menang undi sahaja tanpa memikirkan baik atau buruk.

Jika janji itu dijadikan sandaran, maka Kementerian Pendidikan telah melakukan satu kesilapan besar yang akan membawa implikasi buruk kepada negara.

Profesor Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Datuk Dr. Ahmad Murad Merican berkata, bagaimana kementerian itu boleh menimbang untuk mengiktiraf UEC kepada pelajar yang telah menolak sistem pendidikan kebangsaan.

Pelajar yang memiliki UEC mengambil subjek sejarah yang berbeza. Di sekolah Cina swasta atau persendirian, pelajar diajar sejarah Taiwan, bukan sejarah Malaysia.

Bukan itu sahaja, pelajar juga tidak mendapat keputusan kredit dalam bahasa Melayu, tidak boleh berbahasa Melayu dan Inggeris dengan baik dan tidak tahu sejarah Malaysia, walapun mempunyai kerakyatan negara ini.

“Tidakkah ini ‘berlaga’ dengan sistem yang ada, meluaskan lagi jurang dengan pendidikan sedia ada?.

“Lagipun, mereka yang berada di sekolah swasta dan persendirian telah menolak sistem pendidikan arus perdana, tidak patuh pada dasar Malaysia. Mereka ini tidak akur dan enggan menghargai sistem pendidikan negara.

“UEC menghasilkan kaum Cina yang bercakap Mandarin, berkiblat budaya dan sejarah Taiwan. Jadi apa sebab kementerian perlu mengiktiraf sijil itu,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Beliau yang pernah menjadi Panel Penilai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) juga khuatir UEC bertindak sebagai pembiakan ekstremisme Cina di negara ini.

Tegas Ahmad Murad, sejarah dan ketamadunan sesebuah negara tidak boleh dipandang remeh oleh mana-mana pihak semata-mata mahu memperjuangkan pendirian politik masing-masing.

Bekas Residen Felo Pertama ayasan Kepimpinan Perdana itu turut mempersoalkan adakah Malaysia Baharu yang dilaung-laungkan selepas 9 Mei 2018 bermakna robohnya institusi nasional hingga Perlembagaan negara boleh dicabar.

“Adakah Malaysia Baharu juga bermakna berakhirnya Bumiputerism?,” soal beliau yang melihat usaha untuk mengiktiraf UEC sebagai kecelaruan yang berlaku di Malaysia.

Ahmad Murad turut mempertikaikan inklusif dan kepelbagaian budaya (multicultural) yang dilaung-laungkan oleh setengah pihak, sedangkan pada masa sama langsung tidak melibatkan orang Melayu dalam isu yang diperjuangkan.

“Inilah semua adalah palsu. Jika tidak mengapa apabila orang Melayu mempertahankan kepentingan mereka, kita dipanggil rasis. Tetapi apabila ada pihak-pihak termasuk Dong Zong mempromosi UEC tidak boleh dipanggil rasis?

“Jangan ambil kesempatan di bawah era Malaysia Baharu. Cukup, cukuplah,” katanya.

Ahmad Murad berkata, Kementerian Pendidikan sepatutnya melihat isu pendidikan yang jauh lebih serius berbanding UEC iaitu mewujudkan satu sistem persekolahan dan memansuhkan sekolah-sekolah Cina swasta.

Sekolah satu sistem itu, selain memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan, ia juga membenarkan pelajar-pelajar mempelajari bahasa-bahasa ibunda mereka.

“Dengan adanya satu sistem pendidikan di Malaysia, kita ada satu bahasa pengantara, memupuk satu nilai dan satu identiti nasional,” ujarnya. – MalaysiaGazette
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget