UEC Bersifat Bersifat Perkauman – Pemuda Umno


Pergerakan Pemuda UMNO menentang sebarang usaha bagi mengiktiraf Sijil Pendidikan Bersepadu (UEC) yang disifatkan sebagai perkauman selain mengancam sistem pendidikan nasional negara.

Ketuanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, berkata pengiktirafan UEC hanya akan menyebabkan Malaysia gagal mewujudkan nilai kenegaraan bagi membina identiti bangsa yang bersepadu.

Beliau berkata, kerajaan perlu meletakkan kepentingan nasional ataupun negara di hadapan berbanding kehendak kaum.

“Saya tertarik ulasan Menteri Kewangan, Lim Guan Eng kononnya mengutamakan Malaysia dahulu, baru bangsa dan atas semangat itu kita harus pertahankan sistem bersifat nasional dan bukan bersifat perkauman.

“Jika kita membenarkan ruang berasaskan kaum atau bangsa, kita tidak dapat mewujudkan nilai kenegaraan sebagaimana yang kita hasratkan, atas semangat itu, Pemuda UMNO tidak bersetuju mengiktiraf sijil UEC,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat pertama Pergerakan Pemuda UMNO di Menara Dato Onn di Kuala Lumpur, Isnin.

Hadir sama Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan dan barisan EXCO pergerakan itu.

Sebelum ini segelintir pemimpin Cina mendesak supaya kerajaan Pakatan Harapan (PH) mengiktiraf UEC.



Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget