NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Kadar Jenayah Kuala Terengganu Menurun 30%



KUALA TERENGGANU – Kadar jenayah di daerah ini mencatatkan penurunan ketara sebanyak 30 peratus.

Timbalan Ketua Polis Daerah Superitendan Suffian Sulaiman berkata bermula 1 Jan hingga semalam, hanya 280 kes dilaporkan berbanding 399 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

Katanya penurunan ketara itu disebabkan berkurangnya kes kecurian motosikal dan pecah rumah yang menjadi penyumbang utama kepada jenayah di daerah tersebut.


Ia adalah hasil operasi dan pemantauan berkesan yang dijalankan di kawasan tumpuan orang ramai dan kempen keselamatan, katanya selepas majlis penyampaian surat penghargaan kepada petugas Op Harapan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu hari ini. – BERNAMA

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo