NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Sukan: "Saya takkan lari..."


PETALING JAYA: Apa jua nasib melanda pasukan Kelantan musim depan, presidennya Bibi Ramjani Ilias Khan menegaskan beliau tidak akan berganjak dari kerusi panas itu.

Malah sebagai rakyat Kelantan, usahawan batik itu akan terus menerajui The Red Warriors (TRW) dengan mengambil pendekatan 'sila duduk dan jangan lari'.

"Begitulah komitmen saya terhadap Kafa. Saya takkan lari sebelum tempoh jawatan saya berakhir... Insya-Allah," katanya.

Bibi berkata, sebagai presiden beliau bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan yang akan berlaku selepas mengambil kira kedudukan Kelantan ketika ini.

"Kita sedia maklum kedudukan Kelantan amat kritikal sekarang dalam carta liga namun kita tidak akan berputus asa sehingga perlawanan terakhir.

"Malah kita pernah berdepan situasi sama pada musim lalu tetapi terselamat daripada terjerumus ke Liga Perdana selepas menang ke atas Melaka United.

"Namun saya menyeru pemain supaya tidak menyerah kalah dan teruskan berjuang. Hanya mereka sahaja yang dapat menyelamatkan maruah pasukan," katanya kepada mStar Online.

Kelantan kini berada di ambang penyingkiran ke Liga Premier selepas menghuni tangga dua tercorot liga ketika saingan musim ini hanya berbaki tiga perlawanan.

Juara Liga Super dua kali itu sekadar menduduki tangga ke-11 dengan mengutip 15 mata dan ketinggalan enam mata di belakang Kuala Lumpur.

Pertembungan dengan Johor Darul Ta'zim (JDT) pada Jumaat ini bakal menentukan nasib Kelantan.

Jika mereka tewas di tangan juara Liga Super lima kali itu, Kelantan selangkah ke pentas Liga Premier musim depan.

Kelantan juga sudah boleh mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super sekiranya Kuala Lumpur terikat seri dengan Perak pada aksi malam Rabu.

Ditanya mengenai perkembangan pengurusan pasukan itu, Bibi berkata tumpuannya kini diberikan kepada kedudukan kewangan dan pelesenan kelab.

"Bagi saya dua perkara ini penting kerana di mana pun kedudukan kita, kita tetap memerlukan lesen.

"Jadi keutamaan diberikan kepada dua aspek ini selain tunggakan berkaitan yang perlu dijelaskan," katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo