Manifesto Tangguh PTPTN Mungkin Tak Dilaksana?



Jawapan Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik di Dewan Rakyat berhubung Pinjaman Tabung Pengajian Tinggi Nasional (PTPTN) menunjukkan kemungkinan manifesto Pakatan Harapan (PH) tidak dapat dilaksanakan, kata bekas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.

Beliau berkata jawapan yang diberikan oleh Maszlee cukup mengecewakan kerana beliau mendakwa sebilangan besar mengundi PH kerana manifesto tangguh PTPTN itu.

“Dan apabila tiada unjuran dengan tanggungan kewangan, tiada unjuran dengan tempoh masa yang diperlukan seorang siswazah sampai tahap RM4000 sebulan.

“Ini menujukkan bahawa PH buat janji yang tak difikirkan habis-habisan,” katanya seperti dilapor media di Parlimen pada Rabu.

Dalam sesi soal jawab pada pagi ini, Khairy yang merupakan anggota Parlimen Rembau bertanya sama ada kerajaan sudah mengkaji unjuran masa bagi seorang peminjam PTPTN mencapai gaji RM4000 yang mewajibkan mereka membayar pinjaman tersebut.

Khairy turut bertanya mengenai jumlah yang harus ditanggung kerajaan bagi membiayai peminjam baharu sepanjang penangguhan bayaran PTPTN dilaksanakan.

Menjawab soalan tersebut, Maszlee berkata kajian berterusan akan dijalankan.



Wartawan Watan-Online
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget