NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Lesen Memandu Motosikal, Sasar Belia Nikmati RM300


Kerajaan negeri mensasarkan kira-kira 30,000 belia terutama berumur 15 tahun ke atas layak menikmati tawaran RM300 bagi mendapatkan Lesen Memandu Motosikal (B2) seperti yang dijanjikan dalam Manifesto Pas pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan Dan NGO Negeri , Wan Sukairi Wan Abdullah, berkata dia menjangkakan perkara itu dapat direalisasikan dalam Bajet 2019 yang bakal dibentangkan Menteri Besar hujung tahun ini

Katanya, pelaksanaan program yang membabitkan peruntukan RM9 juta itu, berkemungkinan awal tahun depan.

“Pihak kami telah bertemu dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) , pemilik institut memandu dan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) berkaitan perkara itu dan tahap perancangan dan perangkaan kerja kini dalam peringkat akhir. 

“Tumpuan utama pelaksanaan janji itu, mahu mengurangkan bebanan keluarga yang sebelum ini terpaksa membayar RM350 untuk mendapatkan Lesen Memandu B2, mengurangkan kadar kemalangan, sifat kadar merempit dan mendidik belia memahami undang-undang jalan raya,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada Urusetia Penerangan Darul Iman, di pejabatnya hari ini.

Katanya, berdasarkan kajian, peningkatan kadar kemalangan dan adanya aktiviti merempit, kurangnya pengetahuan undang-undang jalan raya.

“Oleh itu, kerajaan negeri bersetuju mendidik mereka belajar undang-undang jalan raya melalui cara mendapatkan lesen memandu dengan kadar harga RM50 dimana sebelum ini perlu membayar RM350,”katanya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo