‘Jangan lupa siasat akaun PH sekali’




Oleh Athirah Huda Zalhe

PAS tidak mempunyai masalah untuk disiasat berkenaan aliran keluar masuk wang di dalam akaun milik parti itu, bagi menyangkal tuduhan Timbalan Ketua Pemuda Parti Amanah Negara (PAN), Muhammad Faiz Fadzil, baru-baru ini.

Naib Presiden PAS, Idris Ahmad berkata, kerajaan Pakatan Harapan boleh mengarahkan pihak berkuasa melihat wang di dalam akaun bank PAS, tetapi perlu melalui prosedur yang betul.

"Isnin ini bank sudah buka. Boleh arahkan pihak berwajib lihat duit PAS dalam bank. Bukan main hentam kromo dan guna media. Main-main arah dan tuduh supaya akaun PAS dibeku kerana terlibat dalam pengubahan wang haram.

"Pakatan Harapan ini hendak tadbir cara demokrasi atau majlis revolusi. Main langgar sahaja untuk buat tuduhan dan fitnah," katanya dalam satu kenyataan.

Idris berkata, Pakatan Harapan kini sudah berkuasa dan memerintah negara sebagai kerajaan, maka mereka boleh mengambil sahaja tindakan.

"Mungkin PH tidak perasa dia sudah memerintah. Jangan lupa tolong siasat akaun PH sama. Jangan pula paku dulang paku serpih, tuduh orang dia yang lebih," katanya.

Sebelum ini, Muhammad Faiz dalam satu kenyataan menggesa pihak berkuasa menjalankan siasatan menyeluruh ke atas akaun pihak lain yang didakwa menerima wang daripada UMNO, termasuk PAS.
Katanya, siasatan berkenaan adalah berdasarkan pendedahan Naib Presiden PAN, Datuk Mahfuz Omar bahawa PAS ada menerima RM1.5 juta daripada UMNO, yang dianggap tergolong dalam aliran pengubahan wang haram.

"Dalam menjalankan siasatan di bawah AMLA, akaun PAS juga boleh dibekukan menurut seksyen 44 Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA)," kata Muhammad Faiz.

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/07/01/jangan-lupa-siasat-akaun-ph-sekali/
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget