"Jangan Gopoh Ratifikasi Semua Konvensyen Ham Antarabangsa" - PAS


Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia.

Oleh : Nasrudin bin Hassan

1. Saya merujuk kenyataan media pertama Menteri Luar Negeri YB Datuk Saifuddin Abdullah yang bertajuk, “Saifuddin pledges to push for ratification of six international human rights conventions” yang disiarkan oleh The Star bertarikh 2 Julai 2018. 

2. Salah satu dari konvensyen yang masih belum diratifikasi oleh Malaysia adalah International Convention Against All Forms of Racial Discrimination, Convenant on Civil and Political Rights.

3. Difahamkan delegasi Pertubuhan-pertubuhan Islam dalam Proses Semakan Berkala Sejagat (MuslimUPro) telah berusaha menjadi pemerhati semasa sesi UPR Malaysia yang telah berlangsung pada 24 Oktober 2013 di Geneva, Switzerland. 

4. Mereka telah melobi pihak kerajaan untuk tidak meratifikasi syor-syor ICCPR khususnya kerana terdapat percanggahan peruntukan istimewa Islam dalam Perlembagaan Malaysia.

5. Malah, lebih kritikal lagi apabila tuntutan-tuntutan yang dikemukakan dalam syor ICCPR tersebut adalah selari dengan tuntutan kontroversi pihak COMANGO yang jelas boleh menghakis kedudukan Islam, disamping mengiktiraf kewujudan LGBT termasuk menzahirkan kewujudan Syiah di Malaysia. 

6. Hal ini akan membangkitkan sensitiviti umat Islam di Malaysia.

7. PAS amat kecewa dengan kenyataan pertama Menteri Luar Negeri dan ia juga adalah salah satu daripada Manifesto Pakatan Harapan. Amat malang rakyat hari ini, apabila isu-isu ekonomi tidak diselesaikan oleh kerajaan sebaliknya sibuk membangkitkan pelbagai isu yang mencabar status quo Islam dan Melayu di Malaysia.

Sejahtera Bersama Islam.

Sekian.

Nasrudin Hassan ialah Ketua Penerangan PAS Pusat
https://m.facebook.com/kpenerangan
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget