NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Croatia Iringi Perancis Ke Final, Singkir England




CROATIA mara ke final Piala Dunia buat kali pertama selepas mengejutkan England 2-1 pada saingan separuh akhir awal pagi Khamis.

Mario Mandzukic diangkat sebagai hero The Blazers apabila menyumbat gol kemenangan (m-109) sekaligus meranapkan impian The Three Lions untuk ke pentas akhir.

Aksi kemenangan anak buah Zlatko Dalic hadir ketika perlawanan diheret ke masa tambahan selepas kedudukan terikat 1-1 tempoh permainan sebenar.

Sebelum itu, England bermula dengan baik menjaringkan gol seawal minit ke-enam menerusi sepakan percuma oleh Kieran Trippier.

Namun Ivan Perisic yang beraksi bersama kelab Inter Milan menyamakan kedudukan minit ke-68.

Rekod terbaik Croatia dalam aksi Piala Dunia ialah mara ke separuh akhir pada tahun 1998, namun tewas kepada tuan rumah, Perancis.

Apa yang menarik, Croatia kembali bertembung dengan Les Bleus di final Ahad ini.

Manakala England yang dibimbing Gareth Southgate terpaksa menunggu empat tahun lagi untuk ke final selepas tahun 1966.

Senarai pemain:

England Pickford, Walker (Vardy), Stones, Maguire, Trippier, Alli, Henderson (Dier), Lingard, Young (Rose), Sterling (Rashford), Kane

Croatia : Subasic, Vrsaljko, Lovren, Vida, Strinic (Pivaric), Rakitic, Brozovic, Rebic (Kramaric), Modric, Perisic, Mandzukic (Corluka)

Pengadil: Cuneyt Cakir (Turki) – mStar Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo