NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Bank Dunia tambah peruntukan kepada Palestin




RAMALLAH, 12 Zulkaedah 1439H, Rabu – Bank Dunia memperuntukkan AS$90 juta (RM364 juta) untuk bantuan kepada rakyat Palestin bagi tahun ini, berbanding AS$55 juta (RM222 juta) pada 2017.
Wakil Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Timur Tengah, Nikolay Mladenov dalam kenyataan hari ini berkata, penambahan jumlah peruntukan berkenaan akan digunakan untuk mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di Gaza.

"PBB meneruskan usaha untuk mengurangkan ketegangan di Gaza, dan menangani keperluan mendesak penduduk serta menyokong pihak berkuasa Palestin," katanya di Twitter.

Penambahan bantuan Bank Dunia itu serentak dengan pengumuman Agensi Kerja dan Bantuan Untuk Pelarian Palestin PBB (UNRWA) berhubung penghapusan lebih 250 pekerjaan di wilayah Palestin selepas Amerika Syarikat memotong peruntukan kepadanya.

Jurucakap UNRWA, Chris Gunness dalam kenyataan berkata, pihaknya terpaksa memberhentikan khidmat 154 kakitangannya di Tebing Barat dan 113 di Semenanjung Gaza.

"Lebih 500 kakitangan tetap akan ditawarkan jawatan kontrak sambilan," katanya.

Susulan keputusan itu, rata-rata kakitangan berhimpun di hadapan ibu pejabat UNRWA di Gaza sebagai membantah tindakan berkenaan.

Januari lalu, Jabatan Negara AS mengumumkan Washington memotong peruntukan bantuan sebanyak AS$65 juta kepada Palestin menerusi UNRWA.- Agensi

Sumber: https://www.ismaweb.net/2018/07/25/bank-dunia-tambah-peruntukan-kepada-palestin/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo