Akaun peribadi Najib tidak lagi dibekukan



Akaun peribadi bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak lagi dibekukan pihak berkuasa mulai semalam, lapor sebuah portal berita.

Portal berkenaan memetik sumber rapat Najib sebagai berkata, tindakan menarik balik pembekuan akaun itu dilakukan secara senyap, tanpa sebarang publisiti sebagaimana yang diterima pemimpin itu dalam siasatan ke atasnya sebelum ini.

Difahamkan akaun bank itu tidak mempunyai kaitan dengan politik, sebaliknya digunakan Najib untuk membayar bil serta perbelanjaan keluarga.

"Hakikatnya, mereka membuka semula akaun itu secara senyap-senyap, membuktikan mereka salah membekukan akaun itu pada awalnya," kata sumber itu.

Sebelum ini, Najib dalam satu kenyataan memberitahu bahawa akaun bank peribadi yang digunakan untuk menerima pencen sebagai Menteri Besar Pahang dan gaji ahli Parlimen dibekukan.

Beliau berkata, pembekuan itu menyukarkannya menguruskan perbelanjaan peribadi, termasuk membantu anak perempuannya menjalani rawatan kanser.

"Akaun ini tidak ada kena mengena dengan politik. Tidak ada kaitan dengan perkara yang disiasat oleh pihak berkuasa," katanya.

Awal bulan ini, Najib didakwa dengan empat pertuduhan pecah amanah dan salah guna kuasa berhubung wang berjumlah RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd yang dikatakan dipindahkan ke akuan peribadinya.


Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget