NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Ahli Parlimen cadang kereta Nasional Ke-2 di Terengganu dan Kelantan


PROJEK KERETA NASIONAL KEDUA DI TERENGGANU DAN KELANTAN

1. Cadangan untuk mewujudkan kereta nasional kedua selepas Proton oleh YAB. Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad adalah sangat wajar untuk dipertimbangkan. 

2. Kelemahan yang berlaku dalam projek Proton sebelum ini tidak wajar menjadi penghalang untuk Negara meneruskan lagi usaha yang baik ini. Penambahbaikan polisi boleh dibuat dengan berpandukan kelemahan yang lampau. Sekali gagal tidak sepatutnya terus menyerah kalah. 

3. Saya mencadangkan agar projek kereta nasional kedua ini digerakkan di negeri-negeri Pantai Timur seperti Terengganu dan Kelantan. Ia boleh membantu pertumbuhan industri berat seperti automatif ini berkembang di negeri Pantai Timur yang agak terkebelakang berbanding negeri-negeri Pantai Barat.

4. Sekurang-kurangnya ia boleh membuka lebih banyak peluang pekerjaan kepada anak negeri. Juga boleh menjadi sebab untuk teknokrat dan profesional dalam kalangan anak negeri Terengganu dan Kelantan kembali menyumbang untuk pertumbuhan negeri mereka. 

5. Ia juga selaras dengan projek Lebuhraya Pantai Timur 3 (LPT3) dan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang sedang diusahakan bagi merancakkan ekonomi negeri Pantai Timur. 

6. Saya merasakan Kerajaan Negeri Terengganu dan Kelantan bersedia menjadi rakan strategik pelaburan kepada Kerajaan Persekutuan untuk projek ini dengan menyediakan prasarana melibatkan tanah, kilang dan sebagainya.

Sekian.

”Sejahtera Bersama Islam”

DATO' DR. MOHD KHAIRUDDIN AMAN RAZALI AT-TAKIRI ialah Ahli Parlimen Kuala Nerus

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo