NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Terengganu: Golongan Berpendapatan Rendah Mula Nikmati Bekalan Air Percuma


Kira-kira 6,000 penerima terdiri daripada golongan miskin dan berpendapatan rendah di negeri ini telah memperoleh manfaat menerusi pemberian air percuma oleh kerajaan negeri bermula bulan ini.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti Dan Teknologi Hijau Ngeri, Dr Mamad Puteh berkata, jumlah itu dijangka akan meningkat berdasarkan semakan semula terhadap senarai penerima e-Kasih.

“Setakat ini, lebih kurang 6,000 penerima telah memperoleh manfaat bagi penggunaan 20 meter padu air. Mereka terdiri dalam senarai penerima e-Kasih dan penerima Program Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT).

“Kita jangka jumlah penerima akan bertambah setelah pembukaan permohonan baharu (e-Kasih), penerima zakat Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Terengganu selain penyelarasan kaedah baharu termasuk (keluarkan borang) yang akan di laksana bagi membolehkan mereka yang layak mendapatkan bantuan bekalan air,” ujarnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media sebagai mewakili Menteri Besar, Dr. Ahmad Samsuri Mokhtar selepas mesyuarat mingguan exco, di Wisma Darul Iman, hari ini.

Katanya, pemberian air percuma hanya meliputi penggunaan sebanyak 20 meter padu ke bawah yang ditawarkan hanya untuk golongan berpendapatan rendah dan miskin sahaja.

“Sekiranya mereka menggunakan lebih daripada kadar itu, contohnya 25 meter padu, mereka hanya perlu membayar bagi penggunaan lima meter padu sahaja," ujarnya.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo