Pilihan Raya Dicemari Keganasan

Gambar sekadar hiasan

JAKARTA – Tiga orang termasuk dua anggota polis maut di wilayah paling timur di Indonesia, Papua selepas pejuang pemisah melepaskan tembakan ke arah dua buah bot membawa pengundi dan anggota polis yang baru membuang undi dalam pilihan raya tempatan dikenali sebagai Pemilihan Kepala Daerah (Pilkada), kata polis.

Menurut pihak berkuasa, insiden berlaku di sebatang sungai di daerah Torere kelmarin dan menyebabkan tiga orang terbunuh, manakala tiga lagi anggota polis hilang.

Indonesia berada dalam keadaan siap siaga berhubung keganasan ketika Pilkada berlangsung kelmarin bagi memilih 171 datuk bandar, gabenor dan ketua daerah di seluruh kepulauan itu.

Jakarta menguasai Papua susulan satu pungutan suara yang disokong oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada tahun 1969, enam tahun selepas pemerintahan penjajah Belanda tamat.

Keganasan kelmarin pula berlaku beberapa hari selepas kumpulan pemisah melepaskan tembakan ke arah sebuah lapangan terbang kecil di daerah Nduga, Papua yang mengakibatkan tiga orang maut dan seorang kanak-kanak cedera.

Sementara itu, pengiraan undi tidak rasmi Pilkada mendapati calon-calon pro-Presiden Joko Widodo mendahului di tiga wilayah di Pulau Jawa. Pulau itu didiami lebih separuh populasi Indonesia, negara demokrasi ketiga terbesar dunia.

Pemimpin Indonesia yang lebih popular dengan panggilan Jokowi itu dijangka bertanding untuk penggal kedua pada tahun 2019, menentang jeneral bersara, Prabowo Subianto yang kalah tipis empat tahun lalu. – Reuters/Kosmo Online

Sumber: http://www.kosmo.com.my/dunia/pilihan-raya-dicemari-keganasan-1.698851
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget