Perlis: Hasrat Ismail Kassim sertai PPBM tidak logik - Pengerusi PPBM



KANGAR - Tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) Tambun Tulang, Datuk Ismail Kassim keluar daripada UMNO dan berhasrat menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) adalah sesuatu yang tidak logik.

Pengerusi PPBM negeri, Ameir Hassan berkata, 'musuh di medan perang' tidak akan boleh duduk semeja selepas apa yang berlaku kerana sebelum 'bertempur' dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) ruang sudah terbuka luas untuk mereka sama-sama berjuang, namun peluang itu tidak direbut.

"Tidak mungkin kami (PPBM) akan bekerjasama dengan musuh yang telah membunuh ramai teman seperjuangan kami semasa di medan perang dahulu (PRU-14). Dia sudah bunuh kawan-kawan kami tiba-tiba nak sertai kami pula?

PPBM Perlis sudah mempunyai pemimpin berwibawa yang mencukupi dan kami tidak memerlukan ilmu-ilmu songsang yang dipraktikkan UMNO untuk dibawa masuk ke dalam perjuangan kami.
"Kalau betul-betul nak berjuang untuk rakyat, minta adakan semula pilihan raya untuk dapatkan mandat rakyat," katanya kepada Bernama di sini hari ini. - Bernama 
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget