NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Perbentangan RUU 355 mungkin ditangguhkan oleh kerajaan PH?



Mengikut sumber Kerajaan baharu Pakatan Harapan akan menangguhkan  perbahasan bagi Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 atau RUU355 yang tergantung ekoran  pembubaran Parlimen lalu bagi memberi laluan kepada PRU-14.

PAS sebelum ini membawa usul ini ke Parlimen secara konsisten untuk memperkasakan bidang mahkamah syariah di negara ini.

PAS juga pernah menangguhkannya kerana pada masa itu ada keperluan untuk membetulkan hukuman yang dilaksanakan di mahkamah berkenaan memandangkan terdapat perkara tidak menepati kehendak syariah yang perlu diperkemaskan untuk perbahasan.

Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS berkata di Kota Bahru hari ini, kerajaan di bawah Tun Mahathir Mohamad sekarang ini perlu melihat perkara tersebut secara serius demi kepentingan umat Islam di Malaysia.

Tuan Ibrahim juga Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berharap agar usaha dilakukan PAS itu dapat diteruskan kepada perbahasan dan seterusnya proses undian di Parlimen.

"Kita serah kepada kerajaan baharu dan mengharapkan semua wakil rakyat kita akan sokonglah nanti," katanya.

Beliau menjawab pertanyaan wartawan apabila ada ura-ura bahawa usul ini akan ditangguhkan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/hudud-kerajaan-berhak-tangguh-1.846841

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo