PAS: Semua Parti Ada Hak Kemukakan Calon Speaker - Takiyuddin




Menurut Takiyuddin, mengikut pecahan kerusi mengikut parti dalam Pakatan Harapan. Bersatu mempunyai lima kerusi, PKR (tujuh), DAP (dua), Amanah (empat). - Gambar fail


KOTA SARANG SEMUT: Bukan sahaja PAS, mana-mana parti termasuk Barisan Nasional (BN) berhak untuk mengemukakan nama calon speaker mengikut perlembagaan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah.

Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, PAS Kedah berhak mengemukakan calon Speaker dan Timbalan Speaker, begitu juga dengan BN turut mempunyai hak berbuat berdasarkan jumlah kerusi dimenanginya pada pilihan raya umum (PRU) lalu.

"Kita (PAS) ada hak. Bukan kita sahaja, BN pun ada hak dan mana-mana pun ada hak untuk mengemukakan calon speaker. Terpulang kepada ahli dewan untuk mengundi kepada calon speaker yang mana.

"Pas punyai 15 kerusi. Rasanya, Pas satu-satu parti punyai kerusi paling banyak berbanding parti lain," katanya pada sidang media di Rumah Terbuka Aidilfitri Pas Kedah, di Kompleks Pas Kedah, di sini, semalam.




Hadir sama, Pesuruhjaya Pas Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Syeikh Fakhrurazi dan Timbalan Pesuruhjaya Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor.





Menurutnya, mengikut pecahan kerusi mengikut parti dalam Pakatan Harapan. Bersatu mempunyai lima kerusi, PKR (tujuh), DAP (dua), Amanah (empat).




"Cuma Pas yang mempunyai bilangan kerusi yang terbanyak mengikut pecahan parti. Kita rasa, Pas layak menjadi Speaker. Lagipun soal kemuka calon dari pembangkang bukan isu baru kerana pada 2013, pembangkang ketika itu dari Pakatan Rakyat (PR) juga pernah berbuat demikian.




"Jadi, sekarang tidak salah Pas mengemukakan calon kerana kita memiliki kerusi yang banyak dan rasional untuk berbuat demikian.




"Pas pernah mengemukakan cadangan Bekas Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Kadir Sulaiman sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat, namun beliau kalah dengan Tan Sri Pandikar Amin Mulia," katanya




Takiyuddin berkata, Pas Pusat bersetuju Ahmad Fakhruddin menjadi Speaker DUN berdasarkan pengalamannya, manakala Adun Bukit Pinang, Wan Romaini Wan Salim sebagai Timbalan Speaker DUN.




"Pas juga masih berpendirian cara terbaik selesaikan isu ini adalah dengan menawarkan Kerajaan Perpaduan antara semua parti di mana ini pilihan terbaik bagi mengelak Pilihan Raya Negeri (PRN).




"PRN adalah pilihan terakhir jika isu ini menemui jalan buntu dan jika ia berlaku (PRN) kita kena terimalah," katanya.




Dalam pada itu, beliau juga mengumumkan Muhammad Sanusi dilantik sebagai Ketua Pembangkang DUN Kedah.




Muhammad Sanusi ketika diminta mengulas pelantikannya itu, berkata, pihaknya sebelum ini sudah bertemu dengan Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir pada 10 Jun lalu membincangkan soal pelantikan Speaker.




"Kita beritahu pendirian kita dan meminta beliau menerima cadangan meletakkan Speaker dan Timbalan Speaker daripada Pas demi membina politik baharu.




"Pas tetap akan membantu, menyokong perkara kebaikan dibuat kerajaan negeri untuk kebaikan rakyat malah jika mereka (kerajaan negeri) berhasrat melaksanakan kebaikan tidak patut takut melantik Speaker daripada Pas," katanya. - SINAR HARIAN
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget