MaGIC Beroperasi Seperti Biasa – CEO



CYBERJAYA – Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) beroperasi seperti biasa meskipun laporan media yang menyatakan Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad bercadang untuk membubarkannya.


Ketua Pegawai Eksekutifnya Ashran Gazi berkata agensi itu telah memeriksa dengan Kementerian Kewangan dan dimaklumkan bahawa tiada sebarang perubahan.

"Malahan selepas 9 Mei, ia beroperasi seperti biasa dan tidak ada apa perubahan berkaitannya. Kami diberi tahu untuk menjalankan program kami seperti biasa, dan itulah yang kami lakukan hari ini," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Program Pemecut Global MaGIC yang dirasmikan oleh Menteri Kewangan Lim Guan Eng hari ini.

Ashran berkata agensi itu, yang memiliki 70 kakitangan, ketika ini terlibat dengan 900 syarikat pemula niaga tempatan dan tidak memerlukan geran tambahan daripada kerajaan untuk menjalankan programnya.

"Secara puratanya, peruntukan kami daripada kerajaan adalah sebanyak RM15 juta setahun dan sejak 2014 kira-kira RM197 juta telah dibelanjakan," katanya. – BERNAMA

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget