Kenyataan Ummah Terhadap Kedudukan JAKIM


1. UMMAH memandang serius terhadap perkembangan mutakhir ini tentang kenyataan pelbagai pihak mengenai kedudukan JAKIM yang selama ini banyak memainkan peranan menjaga hal ehwal islam dinegara ini selaras dengan peruntukan 3 (1) Perlembagaan Persekutuan. Walaupun terdapat kelemahan dibeberapa sudut namun itu tidak seharus melayakkannya untuk ditutup sebagaimana desakan sesetegah pihak. 

2. UMMAH yakin peranan JAKIM masih sangat relevan dan diperlukan dalam kecelaruan pemikiran umat islam sekarang ini. UMMAH akan terus menyokong dan mempertahankan JAKIM. 

Walaupun begitu UMMAH  menyambut baik sebarang usaha untuk menambahbaikan peranan JAKIM seperti yang disarankan oleh YAB Perdana Menteri. Hasrat YAB Perdana Menteri untuk  merundingi cendikiawan Islam bagi tujuan mengukuhkan bukan mengecilkan atau melemahkan  peranan JAKIM ke arah penghayatan ajaran Islam dengan lebih baik adalah amat dialu-alukan.

3. UMMAH menyokong keputusan kerajaan untuk mengambil pandangan pakar2 dalam kalangan penganut Islam berkaitan urusan  umat dan hal ehwal agama Islam. Keputusan ini boleh memadamkan kegelisahan umat Islam yang bimbang sekiranya masa depan Malaysia ditentukan oleh kaum minoriti.

4. Justeru, Ummah menyeru umat Islam untuk melihat keputusan Kerajaan itu dengan positif.

5. Selaras dengan itu UMMAH mencadangkan penubuhan JAWATANKUASA PENAMBAHBAIKAN INSTITUSI ISLAM  yang diiktiraf setanding dengan Institutional Reforms Committee (IRC) bagi mengukuhkan institusi Islam di Malaysia.

6. Sehubungan dengan itu UMMAH mengusulkan nama-nM tokoh berikut untuk menganggotai Jawatankuasa berkenaan :-

 i. Tun Ahmad Fairuz 
 ii.  Tun Ariffin 
Iii. Tan Sri Dr Rais Yatim, 
iv. Tan Sri Dr Abdul Aziz Rahman 
v. Datuk Dr Wan Ahmad Fauzi bin Wan Husain 
vi. Tan Sri Syeikh Ghazali

7. Ummah yakin tokoh-tokoh di atas mempunyai pengalaman luas dan mampu memberi pandangan yang baik.  Ummah berharap melalui penubuhan Jawatankuasa di atas,  keyakinan umat Islam untuk melihat agenda Islam diperkasakan oleh Kerajaan dapat diperkukuhkan.

8. UMMAH juga berpandangan JAKIM harus bebas dari campurtangan politik dan untuk itu mengusulkan, sebagai cadangan awal, untuk meletakkan JAKIM dibawah Majlis Raja-Raja. Ini selaras dengan Raja sebagai Ketua Agama islam.

Aminuddin Yahaya
Ketua Sekretariat UMMAH
1 Jun 2018
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget