Guan Eng tetap guna bahasa Mandarin


KUALA LUMPUR 25 Jun – Ke­nyataan Menteri Kewangan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan Inggeris apabila perlu walaupun dikritik pelbagai pihak.
LIM GUAN ENG

Lim Guan Eng mendakwa, mereka yang membuat kenya­taan itu bersikap rasis dan beliau tidak akan tunduk kepada desakan tersebut.

“Kenyataan Menteri Kewa­ngan akan terus dikeluarkan dalam bahasa Mandarin dan bahasa Inggeris.

“Malaysia baharu merupakan sebuah negara yang inklusif, saling menghormati dan pelbagai. Pada saat kita memelihara kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi, kita juga perlu menguasai bahasa lain bagi meningkatkan kebolehsaingan kita,” katanya menerusi kenyataan dalam bahasa Mandarin di Facebook beliau semalam.

Guan Eng berkata, menurut Perkara 152 (1) Perlembagaan Persekutuan tiada mana-mana orang boleh dihalang daripada bertutur, mengajar atau belajar bahasa lain.

“Atas semangat perlembagaan, apa salahnya mengeluarkan kenyataan media yang di­terjemahkan ke dalam bahasa Cina dan bahasa lain?

“Penggunaan bahasa ber­kenaan melambangkan pengiktirafan kerajaan Pakatan Harapan terhadap aspek kepelbagaian bahasa dan globalisasi,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penggunaan lebih daripada satu bahasa tidak bermakna kecintaan beliau kepada negara ini akan terhakis.

Sementara itu, Guan Eng dalam kenyataannya hari ini yang lebih lembut selepas dikritik pelbagai pihak berkata, Kementerian Kewangan sentiasa mengutamakan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan ia dibuktikan menerusi laman web rasmi kementerian itu.

Menurutnya, kenyataan rasmi bahasa Melayu akan diter­jemahkan kepada bahasa Inggeris untuk kegunaan media antarabangsa dan sekali-sekala diterjemahkan ke dalam bahasa Mandarin jika ada keperluan.

“Saya tidak faham mengapa terjemahan kenyataan rasmi bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris atau sekali-sekala dalam bahasa Mandarin boleh diputarbelitkan untuk menyatakan bahasa rasmi Kementerian Kewangan telah ditukar ke bahasa Mandarin.

“Jika adapun, terjemahan ke dalam bahasa Mandarin dibuat apabila ada keperluan terutamanya apabila isu tersebut melibatkan terma-terma teknikal. Terjemahan ini kemudiannya dihantar terus kepada media berbahasa Cina atau media sosial,” katanya.
Labels:
Reactions:

Post a Comment

Buat lah dalam bahasa Tamil, Urdu,Kantonis, dll juga... sesuai dengan akhbar dan media sosial yang terdapat di Malaysia.....

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget