Guan Eng Tak Pandai Bagi Kenyataan- Anwar



Penasihat Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Menteri Kewangan, Lim Guan Eng yang sering mengeluarkan kenyataan mampu menggugat pelabur asing bagi menjana pendapatan negara.
Lapor Sinar Harian, Anwar telah mengadakan pertemuan dengan Guan Eng dan menyarankan tanggungjawab membongkar segala salah laku dan penyelewengan diserahkan kepada menteri atau agensi lain.
“Saya ada bertemu dan memberitahu Lim Guan Eng bahawa jawatan menteri kewangan ini statusnya lebih sensitif.
“Setiap kenyataan (menteri kewangan) akan merujuk terus kepada pelabur,” maklum Anwar dalam rakaman wawancara program terbitan Astro Awani, ‘AI’ yang bakal ke udara Khamis ini.
Anwar yang merupakan bekas Menteri Kewangan mengulas soalan mengenai laporan Moody’s Investors Service ada menyebut fasa peralihan kuasa ketika ini mencetuskan ketidaktentuan polisi yang dibimbangi penganalisis.
Hal tersebut akan menyebabkan penarafan negatif terhadap ekonomi negara sekali gus menjejaskan keyakinan pelabur asing dalam pasaran modal Malaysia.
Anwar mengakui Menteri Kewangan juga bertanggungjawab menyebut tentang segala bentuk perjanjian dan membongkar penipuan, namun tugas tersebut boleh diberikan kepada satu atau dua menteri lain serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menjelaskan mengenai segala pembongkaran.
Tambahnya lagi, Guan Eng sepatutnya memberi keutamaan terhadap usaha menenteramkan serta meningkatkan keyakinan pelabur.
Terdahulu, Guan Eng sering memberikan kenyataan yang dianggap tidak realistik dan sengaja melemparkan tuduhan sesuka hati seperti isu siasatan skandal Suria Strategic Energy Resources Sdn. Bhd. (SSER) dan hutang negara.
Beliau sepatutnya mengkaji sepenuhnya isu yang berlaku sebelum memutuskan dan mengeluarkan kenyataan umum kepada media dan orang ramai.

Wartawan Watan-Online
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget