FAM: Pertembungan Annuar, Hamidin rebut jawatan presiden







Perebutan jawatan nombor satu Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) sah menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara Setiausaha Agung FAM, Datuk Hamidin Mohd Amin dan pencabarnya, Tan Sri Annuar Musa.

Ia disahkan Pemangku Presiden FAM, Datuk Mohd Yusoff Mahadi dalam satu kenyataan hari ini, selepas Pengerusi Institut Sukan Negara (ISN) Datuk Seri Abdul Azim Mohd Zabidi yang dicalonkan sebelum ini, sah menolak untuk bertanding jawatan tersebut.

"Dengan situasi ini, maka undian pemilihan Presiden FAM yang baharu bagi penggal 2018-2021 pada Kongres FAM Ke-54 nanti bakal menyaksikan pertembungan dua penjuru antara Datuk Hamidin dan Tan Sri Annuar," katanya dalam kenyataan itu.

Terdahulu, Hamidin bersetuju untuk bertanding dengan membalas surat pencalonan pada 1 Jun sebelum Annuar turut membalas surat pencalonannya pada Selasa lepas, iaitu dua hari sebelum tarikh tutup yang ditetapkan pada 14 Jun sebelum 5 petang.

Sebelum ini, Yusoff berkata hanya Hamidin yang sudah mengesahkan pencalonan untuk merebut kerusi panas ditinggalkan Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim itu dengan pemilihan dijadual berlangsung pada kongres badan induk itu 14 Julai ini.

Bagaimanapun, beliau berkata mana-mana antara dua calon berkenaan boleh membuat keputusan untuk menarik diri daripada bertanding pada bila-bila masa, sebelum hari berlangsungnya kongres tersebut.

- Bernama
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget