Rakyat kini berani, tekad tukar kerajaan

ia kewajipan kepada negara dan agama kita sendiri. Yang mewajibkan kita memilih pemimpin terbaik dan bertaqwa kepada ALLAH

Rakyat kini berani, tekad tukar kerajaan

MARANG – Pas menyifatkan rakyat kini lebih berani dan bertekad untuk menukar kerajaan daripada BN kepada sebuah kerajaan baharu dengan harapan dapat memberi khidmat lebih baik kepada rakyat.

Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz berkata, keberanian itu memuncak dalam PRU14 apabila seluruh rakyat berani membuat keputusan untuk menukar kerajaan.


Beliau turut mengucapkan tahniah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana keluar mengundi beramai-ramai malah parti itu sejak awal lagi sudah mengajak agar rakyat untuk keluar mengundi.

"Ini kerana ia kewajipan kepada negara dan agama kita sendiri. Yang mewajibkan kita memilih pemimpin terbaik dan bertaqwa kepada ALLAH,” katanya ditemui Sinar Harian di Masjid Rusila, di sini.

Beliau sebelum itu menyertai mesyuarat bersama pimpinan Pas di Pejabat Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS) di masjid berkenaan.

Beliau berkata, perubahan merupakan saat ditunggu kerana Pas telah melakukannya di Kelantan hampir 30 tahun lepas dan rakyat telah berani serta beristiqamah bagi mempertahankan negeri itu setelah sekian lama.

"Walaupun terpaksa berdepan dengan macam-macam halangan. Hari demi hari akhirnya berjaya membawa satu anjakan baharu bahawa kerajaan yang tertubuh.

"Sama ada di peringkat Pusat ataupun negeri akan lebih bertanggungjawab dan lebih berhati-hati untuk melaksanakan tugas mereka untuk memimpin negeri ataupun peringkat pusat.

“Dimana rakyat lebih berani itu yang kita harapkan daripada rakyat Malaysia menuju sebuah negara lebih maju,” katanya.

Beliau juga mengambil peluang mengucapkan tahniah dan terima kasih kepda seluruh jentera Pas yang telah bekerja keras dengan seikhlas hati walaupun berpenat lelah menumpahkan keringat mereka tanpa diupah.

“InsyaALLAH jentera Pas ini akan sentiasa menjadi contoh terbaik kepada perjuangan Islam yang dibawa oleh Pas,” katanya.

Sumber:
http://www.sinarharian.com.my/edisi/terengganu/rakyat-kini-berani-tekad-tukar-kerajaan-1.834460
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget