NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PH jangan benci BN, PAS, pesan Rafizi

0

Naib presiden PKR berkata Barisan Nasional dan PAS ada tanggungjawab sebagai semak dan imbang kepada kuasa Pakatan Harapan.

PH jangan benci BN, PAS, pesan Rafizi

Naib presiden PKR berkata Barisan Nasional dan PAS ada tanggungjawab sebagai semak dan imbang kepada kuasa Pakatan Harapan.

Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang.

PETALING JAYA: Rafizi Ramli mengingatkan Pakatan Harapan (PH) supaya tidak membenci pembangkang, termasuk Barisan Nasional dan PAS.

“Pakatan Harapan ingat kita perlu sayang kepada pembangkang kerana mereka perlu menjaga kita.

“BN dan PAS ada tugas besar sebagai pembangkang memastikan hak dan kepentingan rakyat di angkat,” katanya kepada ribuan penyokong yang berhimpun di Padang Timur, untuk meraikan pencetus reformasi Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang baru sahaja dibebaskan dari pemenjaraan.



Rafizi juga mengingatkan media supaya berlaku adil dan memberi liputan kepada pembangkang.

“Saya minta TV3, RTM, Utusan Malaysia dan semua media supaya berlaku adil kepada BN, PAS, PH untuk rakyat.

“Saya minta terakhir sekali supaya sahabat dalam PH bahawa setiap sen yang dibelanjakan ialah milik rakyat. Yang meletak dan mengangkat kita ialah rakyat,” katanya.

Hadir sama pimpinan Pakatan Harapan yang dibarisi PKR, Amanah, DAP dan PPBM.

Anwar dibebaskan pagi tadi dari Hospital Rehabilitasi Cheras di ibu negara, selepas menjalani hukuman penjara selama 1,557 hari, dan bertemu Agong di Istana Negara selepas mendapat pengampunan penuh.

Anwar berkata perjalanan “dari penjara ke istana” hanya boleh berlaku kerana sokongan rakyat.

Pengampunan diraja memansuhkan sekatan 5 tahun ke atas Anwar, bermakna bekas ketua pembangkang itu boleh menyertai poltik serta merta.


Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2018/05/16/ph-jangan-benci-bn-pas-pesan-rafizi/

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo