PAS tetap akan membuka pusat khidmat masyarakat di seluruh negeri Selangor walaupun hanya mempunyai seorang ADUN.
PAS bertekad untuk terus memberi khidmat kepada rakyat walaupun keputusan PRU14 tidak memihak kepada kami.
PAS mempunyai tanggungjawab kepada masyarakat dan tidak akan lari dari tanggungjawab tersebut.
Ramai masih mengharapkan pembelaan dari PAS dan PAS tidak akan menghampakan mereka.
PAS di Selangor telah membuka pusat khidmat masyarakat sebelum menjadi kerajaan dalam tahun 2008 dan mempunyai pengalaman yang luas memberi khidmat kepada rakyat ketika menjadi pembangkang.
PAS mempunyai sekurang-kurangnya sebuah pejabat di setiap kawasan Parlimen di Selangor selain dari mempunyai kumpulan sukarelawan yang bersedia berkhidmat kepada Parti.
Ahli-ahli PAS juga memang sentiasa menghulurkan sumbangan untuk menggerakkan program-program Parti.
Dato' Iskandar A. Samad
Naib Presiden PAS
16 Mei 2018.
KUALA LUMPUR : Akta Laut Wilayah 2012 (Akta 750) yang diluluskan Parlimen tidak mendapat kelulusan Majlis Raja-Raja dan tidak pernah dilulus...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment