Pasca PRU14: Liberal vs Konservatif



Oleh: Dr Ishak Ibrahim

Suasana politik telah mengalami perubahan yang ketara dengan kemenangan gabungan liberal mengatasi pihak konservatif yang berpecah.

Liberal adalah adalah corak pemikiran politik yang ke arah membebaskan politik daripada pengaruh bangsa atau agama. Parti PKR bergerak ke arah membebaskan politik daripada pengaruh bangsa Melayu manakala Parti Amanah Negara pula bergerak ke arah membebaskan pengaruh Islam dalam politik. Parti DAP, walaupun kelihatan sebagai Cauvinis Cina, namun mereka juga memperjuangkan Malaysian Malaysia yang memperjuangkan persamaan bangsa.


Konservatif pula adalah corak pemikiran politik yanv mempertahankan atau menguatkan pengaruh bangsa atau agama dalam politik. Parti Umno memperjuangkan kelebihan bangsa Melayu manakala Parti PAS pula memperjuangkan kelebihan agama Islam.

Di dalam PRU14, pihak Liberal telah bersatu padu dalam Pakatan Harapan, manakala pihak Konservatif berada dalam dua pihak bermusuhan iaitu Barisan Nasional dan Gagasan Sejahtera. Akibatnya pihak Liberal memperolehi kemenangan yang besar.


Dr Ishak Ibrahim adalah Penganalis Politik

Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget