NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Kita tidak akan terima audio skandal pimpinan Parti DAP atau PKR sebagai bahan kempen.



Oleh : ‘Aisyaa Yasmin

Johor : Dr Mazri Yahya, salah seorang calon parlimen PAS Pulai menyifatkan bahawa audio skandal yang dijadikan bahan kempen sama sekali tidak ‘valid’ untuk sebarang motif serangan saraf.

“Saya menyeru kepada semua pendokong atau penyokong PAS di seluruh peringkat untuk tidak menggunakan audio skandal pimpinan parti Harapan sebagai bahan kempen.




“Kita tidak menerima audio pimpinan tersebut sebagaimana kita tidak menerima audio Ustaz Nik Abduh yang difitnah oleh mereka. Kita juga menolak politik samseng! ” ulas beliau dengan tegas.



Beliau juga berharap agar mesej ini dapat sampaikan kepada sahabat-sahabat pendokong dan penyokong PAS yang lain.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo