JAKIM: Harap Kerajaan Kekalkan - Mohamad Nordin


KEDUDUKAN Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang masih lagi terumbang-ambing membawa ketua pengarahnya tampil mengeluarkan kenyataan mahu institusi itu diteruskan.

Lapor portal online tempatan, Ketua Pengarah JAKIM, Datuk Mohamad Nordin Ibrahim berkata, kerajaan baru pasti akan mengekalkan fungsi institusi itu demi kebaikan agama Islam di Malaysia.

Tambahnya, sewaktu zaman kepimpinan Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri keempat pada tahun 1997, peranan JAKIM telah dikembangkan dan dinaik taraf.

"Hasil pertemuan saya dengan beberapa tokoh politik dan pentadbir awam yang pernah berkerja di bawah kepimpinan Perdana Menteri sebelum ini menyatakan bahawa mereka begitu optimis JAKIM akan terus kekal releven di bawah kerajaan hari ini.

"Keyakinan ini menurut mereka berdasarkan beberapa kenyataan Perdana Menteri yang disiarkan oleh media sebelum Pakatan Harapan (PH) memenangi PRU14 dan juga berdasarkan manifesto Pakatan Harapan mengenai hal ehwal Islam," katanya hari ini dalam satu kenyataan.

Dalam pada itu, Mohamad Nordin turut menzahirkan ucapan penghargaan kepada semua pihak yang berterusan menyokong JAKIM walaupun terdapat segelintir kelompok menyuarakan supaya JAKIM dibubarkan dan dikecilkan fungsinya.

Pihaknya akan sentiasa bersedia berhadapan dengan arus perubahan terhadap JAKIM bagi menjunjung tinggi Perlembagaan Persekutuan dan demi kebaikan semua pihak.

Sealiran dengan kehendak ketua pengarah JAKIM, Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang berkata, Islam adalah agama Persekutuan dan penubuhan JAKIM tidak pernah menyekat hak orang bukan Islam mengamalkan agama mereka secara aman dan damai.

"Dr. Mahathir telah menjelaskan penubuhan JAKIM selaras matlamat untuk memastikan apa yang kita lakukan dalam pentadbiran tidak bercanggah dengan Islam.

"Selain itu, beliau turut menyuarakan bahawa PH akan berbincang untuk mengekalkan JAKIM, sekiranya gabungan berkenaan berjaya merampas Putrajaya pada Pilihan Raya Umum ke-14," katanya.

Kebelakangan ini, media melaporkan wujud desakan supaya JAKIM dihapuskan dalam kadar segera kononnya demi kesejahteraan negara.

Suara sumbang segelintir pihak itu turut menuntut supaya operasi yang membendung kegiatan khalwat dalam kalangan umat Islam dihentikan kerana dikatakan bercanggah dengan hak asasi manusia. – MYNEWSHUB.CC/MIZE
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget