NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Gambar khidmat Amal untuk mangsa kebakaran flat USJ 1

0
Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api


Khidmat Amal untuk mangsa kebakaran flat USJ 1

Unit Dapur Rakyat Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor diberi ruang untuk berbakti dan memberi khidmat menyediakan makanan sahur dan berbuka puasa kepada penduduk Flat Angsana USJ 1 yang menghadapi musibah Kebakaran rumah

Kebakaran tersebut telah memusnahkan berpuluh buah rumah dan telah menjejaskan 960 rumah atau lebih 2,000 penduduk awal pagi Jumaat.

Gotong royong membersihkan rumah2 mangsa juga akan dibuat dalam 2 hari ini oleh anggota Amal bersama penduduk setempat. 

Sehubungan itu Dengan rendah hati kami membuka Tabung infaq dan sumbangan derma dari orang ramai bagi membantu kami untuk menyediakan makanan kepada mangsa2 kabakaran ini. 

Sejumlah RM5 ribu diperlukan dan sumbangan boleh di buat terus ke akaun Bank Islam | Akaun No: 1201-0010035-43-4 | Nama Akaun : Unit Amal Selangor.

Semoga segala derma dan sumbangan Tuan Puan di bulan Ramadhan yang mulia ini diterima Allah sebagai sebaik-baik amalan dan diberi ganjaran pahala yang berganda dan rezeki yang melimpah ruah serta terhapus segala dosa. 

Rasulullah SAW bersabda:

ŁˆŲ§Ł„ŲµŲÆŁ‚Ų© ŲŖŲ·ŁŁ‰Ų” Ų§Ł„Ų®Ų·ŁŠŲ¦Ų© ŁƒŁ…Ų§ ŲŖŲ·ŁŁ‰Ų” Ų§Ł„Ł…Ų§Ų” Ų§Ł„Ł†Ų§Ų±

“Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api.” (HR. Tirmidzi)

Sumber:
Shehdi Hazrik 
Pengarah JAMNS










No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo