Dasar Pecah Dan Perintah Pasca PRU14 - Suatu Analisis




Oleh: Dr Ishak Ibrahim

Pengenalan

Dasar pecah dan perintah ini digunapakai sejak zaman berzaman. 

Pihak British dengan jayanya telah menggunapakai dasar ini ketika mereka menjajah Tanah Melayu. Pihak British dengan kekuatan ketenteraan mereka mampu mengalahkan Raja-Raja Melayu dengan mudah. Namun memilih untuk tidak menghancurkan kesultanan Melayu, tetapi menggunakan sistem residen yg menghadkan kuasa raja-raja Melayu terhadap ekonomi dan ketenteraan sebenar. Jika mereka menghancurkan mana-mana Sultan, orang Melayu akan melantik Kesultanan Melayu yang baru dan peperangan tidak akan berhenti. Ini akan memenatkan pihak British.

Manakala pihak Portugis pula mengambil kaedah memusnahkan Kesultanan Melayu. Akibatnya Kesultanan baru terbentuk di Riau dan Perak. Dan peperangan tidak terhenti dan pihak Portugis tidak mampu bertahan lama.

Bagaimana PAS Boleh Mengaplikasi Dasar Ini Untuk Kepentingan Politik Islam Pasca PRU14?

Apabila rejim BN yang disokong oleh golongan  Nasionalis Melayu dikalahkan oleh Pakatan Liberal, maka wujud peluang kepada Parti PAS untuk melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah terhadap golongan Nasionalis Melayu.



Sekiranya parti PAS membiarkan sahaja parti Umno terbubar atau menjadi parti yang tiada pengikut, maka akan mengakibatkan golongan nasionalis yang berada di dalam Umno akan menyeberang ke parti Nasionalis lain iaitu parti PPBM dan menjadikan PPBM menjadi parti yang amat kuat dan bertenaga dengan pimpinan yang bersemangat. Parti PPBM yang bertenaga dan bersemangat ini akan menjadi ancaman umpama raksasa kepada parti PAS dan parti PAS akan kehilangan peluang melaksanakan undang-undang Islam serta terpaksa menunggu puluhan tahun pula sehinggalah perpecahan golongan nasionalis berlaku kembali.

Mungkin ada segelintir ahli Umno yang menyeberang kepada parti PAS, tetapi bilangannya tidak signifikan.

Tetapi sekiranya Parti PAS memilih untuk melaksanakan Dasar Pecah dan Perintah terhadap Golongan Nasionalis maka parti PAS boleh mengadakan kerjasama dengan parti Umno dan menguatkan parti Umno supaya ianya tidak terbubar atau kehilangan ahlinya.
Strategi ini akan menyebabkan golongan Nasionalis masih berada dalam Umno.

Ataupun parti PAS mengambil masa agak lama, sehingga semua pemimpin-pemimpin yang dianggap "Tidak Bersih" meninggalkan parti Umno. Analogi ini seumpama meminta "Panglima Perang" dan "tentera-tentera" yang tidak "Bersih" belot ke pihak lawan kemudian berperang kembali dengan mereka yg kini telah berada di pihak musuh.

Sudah tentu pihak parti PAS kena memastikan yang parti Umno perlu bersedia dengan kaedah perkongsian kuasa dan bilangan kerusi supaya parti Umno berterusan menjadi rakan parti PAS.

Antara cadangan perkongsian kuasa ialah di negeri-negeri yang parti PAS kuat seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah, parti PAS akan bertanding 2/3 kerusi. Manakala di negeri-negeri PH menang seperti di Johor, Melaka, NS, Selangor dan Perak bilangan kerusi adalah samarata.

Jawatan Perdana Menteri pun mestilah daripada parti PAS dan Timbalan PM daripada parti Umno sekiranya gabungan PAS + Umno(BN) dapat menguasai federal.
Manakala jawatan MB/KM bergantung kepada pembahagian negeri.


Dr Ishak Ibrahim adalah Penganalisis Politik

Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget