NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

Mereka: Ahli PAN Dedah Skandal Pemimpin

0


Kurang seminggu menjelang Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), seorang pemimpin tertinggi gabungan blok pembangkang didakwa terlibat dalam skandal hubungan sulit dengan seorang wanita ‘misteri’.

Pendedahan panas itu yang didakwa melibatkan Presiden Parti Amanah Negara (PAN), Mohamad Sabu dibongkar oleh ahli akar umbi parti berkenaan hari ini dalam satu sidang media khas yang berlangsung di Hotel Adamson, Kuala Lumpur.

Menurut Ahli PAN Kuala Kedah, Rizal Bakar, segala bahan bukti melibatkan hubungan sulit yang didakwa Mat Sabu dengan wanita terbabit telah dikirim oleh individu tidak dikenali.

Katanya, individu berkenaan meletakan bahan bukti tersebut di dalam sampul surat bersaiz A4 di wiper kenderaan miliknya, kira-kira seminggu lalu.

Menyifatkan Mat Sabu sebagai “idolanya”, Rizal berkata beliau terkejut dengan bahan bukti tersebut yang dikaitkan dengan Mat Sabu, yang merupakan calon kerusi Parlimen Kota Raja pada PRU-14.

“Selepas melakukan perbincangan dengan rakan-rakan seangkatan, kami memutuskan untuk mendedahkan perkara ini kepada umum,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini.

Sumber:
http://malaysiandigest.com/bahasa-malaysia/736102-jangan-lupa-g-string-merah-panas-ahli-pan-dedah-skandal-sulit-pemimpin-tertinggi.html

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo