NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

2333 calon bersaing bagi PRU ke-14


oleh Mohd Shuhaimi Al-Maniri

Proses penamaan calon bagi PRU ke-14 telah berakhir pada 28hb April baru-baru ini dengan hanya satu kerusi sahaja yang dimenangi tanpa bertanding, iaitu DUN Rantau di Negeri Sembilan oleh Datuk Mohamad Hassan, Menteri Besar sebelum ini setelah calon PKR, Dr Streram gagal bertanding.

Selain daripada kerusi DUN Ratau tersebut, dun atau parlimen ditandingi sekurang-kurangnya 2 penjuru merebut 504 kerusi DUN berbaki dan 222 kerusi parlimen. 

Terdapat 70 kawasan yang melibatkan 2 penjuru atau 1 lawan 1 membabitkan 30 parlimen dan 40 dun. Manakala pertandingan 3 penjuru membabitkan 494 kerusi, dimana 151 parlimen dan 343 dun. Sejumlah 113 partandingan 4 pennjuru membabitkan 33 parlimen dan 80 dun. Malah ada yang ditandingi 5 penjuru (6 parlimen, 31 dun), 6 penjuru (2 parlimen, 9 dun) dan paling banyak adalah 7 penjuru di dun merotai di Sabah.

Pilihanraya kali ini melibatkan 2,333 calon bersaing di 505 kerusi dun dan 222 kerusi parlimen dengan seramai 1,646 orang bertanding melibatkan Barisan Nasional (BN) dan parti pembangkang serta calon bebas. PRU ke-14 kali ini menyaksikan seramai 590 calon bagi merebut 222 kerusi parlimen dan 1,934 calon menghantar pencalonan bagi 505 kerusi DUN (tidak termasuk Sarawak). 

Dalam pada itu, terdapat 26 calon bertanding 2 kerusi parlimen dan dun sertentak pada PRU ke-14 ini. Mereka termasuklah 3 orang Menteri Besar dan 1 orang Ketua Menteri, iaitu Menteri Besar Johor, Datuk Seri Mohamad Khaled Nordin (Parlimen Pasir Gudang, Dun Permas), Menteri Besar Perak, Datuk Seri Zamri Abdul Kadir (Parlimen Lumut, Dun Pangkor) dan dari pembangkang pula, Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali (Parlimen Giombak, Dun Bukit Antarabangsa) dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng (Parlimen Bagan, Dun Ayer Puteh).

Selain itu, Pengerusi UMNO Kelantan yang juga Menteri Perdagangan AntaraBansa dan Industri, Datuk Mustafa Mohamad kekal bertanding 2 kerusi (Parlimen Jeli dan Dun Ayer Lanas). Seorang lagi adalah Timbalan Pengerusi Umno Pahang bertanding di dua kerusi juga (Parlimen Temerloh, Dun Lanchang).

DUN dan Parlimen Tumpuan

Dikatakan lebih 40 kerusi parlimen dan 60 kerusi dun menjadi tumpuan diseluruh negara terutama kerusi-kerusi yang ditandingi oleh pemimpin kerajaan dan pemimpin-pemimpin utama parti pembangkang.

Trend bertanding dua kerusi ini memang menjadi kebiasaan bagi pembangkang dan juga pemimpin BN di Sabah dan Sarawak mula diikuti oleh UMNO di Semenanjong pula sekarang. Sebaliknya, Presiden PAS yang bertanding di dua kerusi sebelum ini, Parlimen Marang dan Rhu Rendang, kali inii hanya bertanding kerusi Parlimen Marang sahaja dan melepas kerusi Dun Rhu Rendang yang dimenangi sejak tahun 1982 kepada Setiausaha Politik beliau, Dr Ahmad Samsuri Mokkhtar untuk bertanding Dun Rhu Rendang pada PRU ke14 kali ini. 

Selain itu, Wan Azizah juga bertanding satu kerusi sahaja dengan melepas kerusi Dun Kajang yang dimenangi dalam pilihanraya kecil yang dibuat dalam 'Langkah Kajang' yang bersejarah menabalkan Azmin Ali di kerusi Menteri Besar Selangor walaupun Wan Azizah menang dikerusi yang dikhususkan untuk dilantik sebagai Menteri Besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kali ini Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail berpindah kerusi dengan bertanding kerusi parlimen Pandan yang sebelum ini ditandingi oleh Naib Presiden PKR, Rafizi Ramlimenjadi tumpuan media dan peminat politik setelah beliau meninggalkan kerusi tradisi keluarganya di Permatang Pauh, Pulau Pinang kepada anak sulungnya Nurul Izzah Anwar yang juga berpindah dari kerusi Parlimen Lembah Pandai yang dimennagi sejak 2008 untuk bertanding dikerusi tersebut.

Rafizi Naib Presiden PKR tidak layak bertanding pada PRU ke-14 untuk mempertahankannya kerusi Parlimen Pandan. Seorang lagi Naib Presiden PKR, Tian Chua juga tidak layak bertanding pada kali ini mempertahankan kerusi Parlimen Batu.

Banyak lagi kejutan-kejutan lain yang menjadi tumpuan kepada persaingan merebut kerusi dari 3 kelompak yang besar bakal mewarnai politik negara pada kali. Tumpuan adalah kepada Barisan Nasional dan Pakatan Harapan serta Gagasan Sejahtera yang diterajui PAS bagi mendapat mandat rakyat Malaysia pada kali ini. 

Ketika rencana ini ditulis, saya berada di Sabah untuk meninjau perkembangan politik Sabah yang mana PAS mewakili Gagasan Sejahtera bertanding 8 kerusi parlimen dan 18 kerusi dun di Sabah. Saya ingin melihat sendiri, apakah PAS Sabah mampu menang mana-mana kerusi dun atau parlimen yang ditandingi mereka pada kali ini. 

Tumpuan banyak diberikan apakah PAS akan terus menerajui Kelantan, selain merampas Kedah dan Terengganu. Manakala PKR pula akan bertahan di Selangor dan Penang bersama dengan DAP yang tidak bertanding diatas logo sendiri di Semenanjong pada kali ini.

Sama-sama kita tunggu hari pembuangan undi pada 9hb Mei 2018 yang akan menjadi hari penentuan, pihak mana yang akan diberikan mandat oleh rakyat.

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo