15 perkara diputuskan dalam mesyuarat pertama Kabinet


KUALA LUMPUR - Mesyuarat pertama Kabinet kerajaan Pakatan Harapan (PH) yang dipengerusikan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad di Putrajaya hari ini telah memutuskan 15 perkara seperti berikut:

1. Majlis Profesor Negara dibubarkan

2. Gaji Jemaah Menteri dikurangkan 10 peratus

3. Harga petrol kekal

4. SPAD dibubarkan, diserap di bawah ke Kementerian Pengangkutan

5. Kerajaan komited dalam usaha mengurangkan hutang negara berjumlah RM1 trilion

6. GST sifar mulai 1 Jun



7. Kerajaan akan meneliti semula gaji dan bayaran elaun pegawai kerajaan berpangkat tinggi

8. Semua kontrak dan projek rundingan langsung akan disemak atau dimansuhkan

9. Semua pelantikan berkaitan dengan politik dan kerajaan di dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) akan dikaji semula.

10. Pejabat risikan luar Malaysia akan dikaji semula


11. Akta Antiberita Tidak Benar 2018 akan dimansuhkan

12. Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Mohd. Shukri Abdull dilantik berdasarkan pengalaman beliau dalam kes 1MDB dan berani serta tidak berpihak dalam menjalankan tugas.

13. Tiada sebarang komen tentang projek PR1MA buat masa ini.

14. Tidak ada campurtangan politik di Proton, bergantung kepada apa yang Tan Sri Syed Mokhtar Bukhary dan Geely mahu lakukan.

15. Bonus dan kenaikan gaji penjawat awam, tidak akan dilaksanakan sebab ia adalah janji pihak Pembangkang dan bukan kerajaan sekarang.


http://www.kosmo.com.my/terkini/15-perkara-diputuskan-dalam-mesyuarat-pertama-kabinet-1.678103
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget