'Tsunami Melayu' untungkan DAP - Zainal Kling




KUALA LUMPUR 4 April - Usaha Pakatan Harapan menggerakkan tsunami Melayu pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) hanya akan membantu menjayakan hasrat DAP untuk melihat Malaysian Malaysia ditegakkan di negara ini. 

Penganalisis politik Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof. Datuk Dr. Zainal Kling berkata, orang Melayu perlu sedar siapa ‘tok dalang’ sebenar dalam Pakatan Harapan agar mereka tidak menjadi alat kepada DAP yang begitu ‘bernafsu’ untuk mentadbir negara.

[ads-post]

Namun kata beliau, sekiranya orang Melayu terpedaya dengan taktik DAP yang menjadikan Pengerusi PPBM, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai umpan, negara akan menjadi kucar-kacir apabila Pakatan Harapan berjaya memenangi PRU-14. 

“Kita perlu bijak memilih pemimpin dengan mengambil kira aspirasi yang dibawa mereka kerana ia melibatkan masa depan bangsa dan juga negara. ‘Jangan kerana marahkan pijat, kelambu dibakar’. 

“Jangan undi Pakatan Harapan semata-mata kerana Dr. Mahathir. Sudah jelas dinyatakan sebelum ini bahawa beliau hanya menjadi calon Perdana Menteri sementara. Selepas Dr. Mahathir melepaskan jawatan itu, apa akan jadi? Apa nasib orang Melayu,” soalnya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini. 

Sementara itu, beliau yang juga bekas Timbalan Naib Canselor UPSI berkata, orang Melayu perlu sentiasa diingatkan agar tidak terpengaruh dengan hasutan pemimpin Pakatan Harapan. 

“Slogan Malaysian Malaysia yang dipegang DAP menimbulkan tanda tanya kepada kedudukan Melayu dan Islam dalam Perlembagaan Persekutuan. 

“Kita boleh melihat bagaimana kerosakan yang dilakukan DAP terhadap orang Melayu di Pulau Pinang dan Perak dulu walaupun Pakatan Harapan hanya mentadbir negeri tersebut selama 11 bulan. Adakah kita mahu peristiwa ini berulang?” katanya. -UTUSAN ONLINE 







Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget