RUU Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan



KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang (RUU) Antiberita Tidak Benar 2018 diluluskan dengan pindaan selepas dibacakan kali ketiga di Dewan Rakyat, lewat petang tadi.

RUU dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said, selepas dibahaskan di kedua-dua peringkat - dasar dan jawatankuasa.

Menggulung perbahasan di peringkat jawatankuasa, Azalina berkata terdapat dua pindaan dalam RUU tersebut melibatkan Fasal 4 dan Fasal 5.

"Subfasal 4(1) RUU ini dipinda dengan menggantikan perkataan 'diketahuinya' dengan perkataan 'niat jahat' dan dengan menggantikan perkataan 'sepuluh tahun' dengan perkataan 'enam tahun'.

"Fasal 5 RUU ini dipinda dengan menggantikan perkataan 'sepuluh tahun' dengan perkataan 'enam tahun'," katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Ujarnya, pindaan kepada fasal 4 RUU bertujuan untuk memasukkan elemen niat jahat bagi kesalahan di bawah fasal 4 dan mengurangkan hukuman pemenjaraan daripada sepuluh tahun ke enam tahun bagi kesalahan itu.

Selain itu, pindaan kepada fasal 5 RUU bertujuan untuk mengurangkan hukuman pemenjaraan daripada sepuluh tahun ke enam tahun bagi kesalahan di bawah fasal 5.

Persidangan Dewan Rakyat sebelum itu meluluskan RUU tersebut di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti ahli Parlimen.

Rang undang-undang itu diluluskan melalui undian belah bahagi yang menyaksikan 123 ahli Parlimen menyokong RUU itu berbanding 64 yang menolak.

Keputusan tersebut diumumkan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

RUU itu yang dibentangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Azalina Othman Said pada 26 Mac lepas, dibahaskan selama dua hari iaitu pada 29 Mac lalu dan hari ini.--AstroAwani
Labels:
Reactions:

Post a Comment

[blogger]

1Media.My

{facebook#facebook.com/1mediaonline} {twitter#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {google-plus#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {pinterest#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {youtube#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL} {instagram#YOUR_SOCIAL_PROFILE_URL}

Contact Form

Name

Email *

Message *

Powered by Blogger.
Javascript DisablePlease Enable Javascript To See All Widget