NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PRU14: Susah Payah  52 Tahun Bersama Logo DAP Berakhir – Seng Giaw



Selepas digugurkan daripada mempertahankan kerusi parlimen Kepong, Dr Tan Seng Giaw mempertikaikan keputusan DAP menggunakan logo PKR pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).

Bekas Naib Pengerusi DAP itu mendakwa ia bakal memberi kesan negatif kepada parti.

“Susah payah 52 tahun berakhir dengan sekelip mata sahaja apabila simbol menjadi dua bulan sabit pula, merah jadi biru kerana ditukar warna.

“Masalah­nya, adakah rakyat akan terima atau penyokong turut bersetuju dengan tindakan itu,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Pada Isnin lalu, pimpinan DAP menggugurkan Seng Giaw daripada senarai calon PRU14.

Kerusi yang disandang sejak 1982 itu akan digantikan oleh penyandang Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Spekulasi pengguguran Seng Giaw (foto) bermula pada akhir 2017 selepas beliau dilaporkan sering mengkritik kepimpinan DAP dalam isu tertentu termasuk dakwaan penyalahgunaa kuasa Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng.

Jumaat lalu Pakatan Harapan mengumumkan akan menggunakan lambang PKR pada pilihan raya umum.

Bagaimanapun DAP Sarawak dan Sabah dilaporkan akan menggunakan logo roket disebabkan calon PPBM tidak bertanding di sana.



Wartawan Watan-Online

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo