IPOH: Persempadanan semula kawasan pilihan raya yang diwartakan baru-baru ini akan memberi keuntungan kepada PAS.
Pesuruhjaya PAS Perak, Razman Zakaria berkata, hasil dakyah Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, pengundi Cina telah mula 'takut' dengan PAS.
"Harap orang Melayu akan sokong PAS, dan bukan Melayu faham perjuangan PAS dan boleh bersama-sama dengan PAS memberi kesejahteraan kepada rakyat.
"Buat masa tempoh yang terdekat ini, kira kita rasa kecewalah di atas itu, jadi persempadanan semula ini InsyaAllah memberi kelebihan kepada PAS dan kita yakinlah dengan keadaan ini, kita boleh mendapat sekurang-kurangnya 30 kerusi untuk memerintah negeri Perak ini," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Manifesto Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) PAS Perak dan Gagasan Sejahtera di sini, malam tadi.
Hadir sama Naib Presiden PAS Pusat yang juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, Idris Ahmad dan Pengerusi Berjasa Perak, Azahari Abdullah.
Razman mendakwa, setakat ini PAS Perak telah mendapat 30 peratus undi orang Melayu di negeri ini dan memerlukan antara lima hingga 10 peratus lagi untuk membolehkan mereka memenangi pilihan raya.
Beliau memberitahu, pihaknya akan bertanding di semua 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di mana 45 daripada calonnya telah dikenal pasti manakala baki 14 lagi diserahkan kepada parti di dalam Gagasan Sejahtera.
Pada PRU13, ketika berada di dalam Pakatan Rakyat, PAS Perak hanya bertanding 22 kerusi DUN dan lapan kerusi Parlimen.
Manifesto PRU14 yang dilancarkan itu mengandungi 39 akujanji, termasuk tawaran satu lot tapak rumah kepada keluarga berpendapatan rendah yang masih belum memiliki rumah.
Dengan tema 'Perak Sejahtera Rakyat Sejahtera', manifesto itu menggariskan lima teras utama, antaranya, meneruskan dasar negeri berkebajikan.
Razman berkata, penyediaan manifesto itu mengambil masa yang lama kerana memerlukan kajian mendalam, meliputi seluruh rakyat Perak dan berdasarkan kemampuan yang ada.--AstroAwani
HULU SELANGOR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menambah baik fasiliti di Hospital Kuala Kubu Bharu (KKB), di sini, bagi mengurang...
HIJAU.FM...
PERKUDAKAN SPRM & MAHKAMAH
PMX dikatakan memperkudakan SPRM dan Mahkamah untuk kekal jadi PMX
1 MEDIA.TV
Penganalisis Politik Tidak Berada Dalam ‘Padang’ – Ahmad Samsuri Menteri Besar, Dato’ Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar menepis dakwaan penganalisis politik bahawa kerajaan negeri yang tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan parlimen bakal berdepan kekalahan.
No comments
Post a Comment