NOTIS:

Terima kasih kepada semua pengundi.......

PAS pertaruh 21 muka baharu


Oleh: Rosmiza Kasim

KOTA BHARU - PAS mengekalkan hampir 70 peratus (%) muka lama pada PRU14 kali ini bagi mempertahankan Kompleks Kota Darul Naim yang ditadbir sejak tahun 1990.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Yacob berkata, pada pilihanraya genting ini PAS membarisi  21 muka baru atau  36 % dan mengekalkan tiga calon Muslimat.

“Kita harap calon yang dipilih ini akan menggalas tanggungjawab dan tugas dengan baik bagi pertahankan Kelantan di bawah PAS,” katanya.

Beliau berucap sempena Pengisytiharan Calon PAS Kelantan bagi PRU 14 yang dihadiri lebih 7,000 penyokong di pekarangan Stadium Sultan Muhammad.

Tiga calon muslimat yang kekal, ialah Rohani Ibrahim, Mumtaz Md Nawi dan Siti Zailah Mohd Yusof.


Dalam pada itu, Ahmad juga Timbalan Mursyidul Am Pas yakin dengan sokongan  daripada calon dan penyokong di semua peringkat yang mana Kelantan tidak akan berubah tampuk kepimpinannya.

“Rakyat kena tunjukkan istiqamah kepada kerajaan sedia ada. Saya juga yakin dengan semangat perpaduan dan berpegang teguh dengan prinsip perjuangan PAS kita akan kekal.

“Dengan kemenangan kali ini banyak lagi program yang akan menaikkan nama negeri Kelantan akan kita laksanakan,” katanya.

Sumber: http://www.sinarharian.com.my/politik/pas-pertaruh-21-muka-baharu-1.826612

No comments

Post a Comment

© all rights reserved
made with by templateszoo